F

Pages

Wednesday, 16 October 2013

RAMAI, TERLALU RAMAI

Ramai, Terlalu Ramai.
Yang Berkata Tanpa berfikir,
Yang Membaca Tanpa Mengkaji,
Bersaksi Tanpa Menyaksi,
Yang Berjalan Tanpa Melangkah,
Yang Tiada di Pangkal,
Munculnya Di Hujung.
Yang Berani Dalam Terang,
Namun Mati dalam Gelap.
Akan Ditanya dan Disebut.
'Bicaralah Dengan Amal mu'
Tiada Seorang Yang Menyahut.
Maka Ditanya dan Disebut,
'Bicaralah Dengan Nafsu Mu',
Lantas Bergegar Jiwa Berebut.
Ramai. Terlalu Ramai.
Hakikatnya Kaca,
Mengaku Permata.
Dan Aku Merhati,
Dari Penjuru Gelap Ini.
Azman Naim
1516 15102013

Friday, 13 September 2013

REALITI : Malaya/Malaysia, Zaman Insurgency dan Zaman Sekarang

Veteran Tentera, Polis dan Homeguard - dulu berperang lawan komunis, bertembak, putus kaki kena jerangkap samar, hilang nyawa. anak jadi yatim isteri jadi balu. Hanya Tahniah dan Pingat.. naik lah pangkat sikit. Sekarang, Tiap tahun mereka dipanggil untuk hamper saguhati, itu pun kalau ada yang ingat. Kalau ada persatuan veteran dan rakan-rakan yang ambil berat, maka itulah tempat paling rapat untuk mengadu. Wira tak didendang. Jasa mereka, dapat apa keistimewaan? dapat parking free? dapat tax reduction? ada? dapat tanah kurnia? dapat! Tanah kubur jelah. itu konfom dapat free.

Komunis. Bintang Tiga, MPAJA - dah bunuh orang awam dan anggota. Bom sana sini. Sentiasa merancang dan membuat keganasan. Tapi bila mula pengampunan dan rancangan Briggs.. mereka pindah ke kawasan baru.. mintak maaf dan mereka terus menetap di situ. Maka wujud persatuan baru dan bidang ekonomi mereka yang baru. Dengan sokongan kerajaan agar mereka tidak kembali untuk melakukan keganasan. moga mereka berubah. bila mereka tidak dapat apa yg di minta, subversif dilancar semula dalam pelbagai bentuk. Sampai waktu, ada di antara mereka menuntut dan diberi geran hak milik tanah tersebut. Tanah Penempatan free beb, at least.

Orang Politik - dulu mereka... err sekarang.. err..

ah malas lah aku nak bebel lagi.

ISU KESELAMATAN ANGGOTA KASTAM DIRAJA MALAYSIA (prolog)

Salah Satu Kenderaan Kastam Diserang Tonto
Apalah Nasib Anggota Kastam kita? Orang politik, apa cer woi?
Dengar cerita unit escort Elite Kastam, Emergency Response Team dah ditubuhkan haritu.. Nak tau juga, mereka dah benar2 diberi latihan khusus utk tugas mereka ke belum?
Sedangkan status kastam ni adalah "Di Raja" juga seperti ATM dan PDRM. Tapi bagaimana dari segi latihan dan perlaksanaan tugas mereka? Mengapa ibarat tiada rasa gentar yang wujud dalam hati si penjenayah bila berhadapan dengan anggota Kastam?
Diancam, Dirempuh, Disimbah cat, Bom petrol, malahan dibunuh. Mengapa? Apa silapnya hingga mereka memandang remeh dan sinis terhadap kuasa KDRM?
Kita selalu dengar penambahbaikan dan macam peruntukkan kepada agency lain. Saya cuma pelik, tiada pun cadangan untuk menaiktaraf aset, latihan dan pengurusan KDRM muncul di Parlimen? Adakah kita lupa bahawa mereka juga bertugas di hujung senjata?
Lupakah kita bahawa senjata dadah arak dan lain-lain yang digunakan dan diperdagangkan oleh penjenayah sekarang ini, yang akan dan telah menjadi satu ancaman pada Negara berpunca dari apa? Pintu keluar masuk barangan, siapa jaga?
Saya tidak kata KDRM lemah namun kerajaan (orang politik, yang menjadi pembuat dasar dan mereka2 yang duduk di dalam Parlimen ) harus memandang berat terhadap tugas KDRM.
Saya sbg orang awam, amat pelik bila KDRM boleh "dipermain-mainkan" oleh geng2 dan sindiket. Mengapa Gov ibarat tak ambil berat terhadap KDRM sehingga boleh jadi kes-kes seperti begini? Apa silapnya?
Berapa ramai anggota dan pegawai KDRM yang perlu terkorban dan diserang lagi baru gov nak ambil tindakan penambahbaikan?
Lupakah kita bahawa Penyeludupan adalah satu Ancaman besar bagi Negara dan Rakyatnya? Jadi mengapa kita tak cuba memperkuatkan dan memperkasakan  KDRM?
#gambar ini adalah salah satu kenderaan KDRM yang dirempuh geng tonto sindiket yang berlaku pada bulan mei 2013
Link asal klik sini

Monday, 29 July 2013

TEMBAK TEMBAK TEMBAK

TEMBAK TEMBAK TEMBAK

Aku semenjak dua ni dah jarang menulis atas sebab-sebab tertentu.

Tapi kalau korang perasan semenjak dua ni banyak sangat kes tembak mati. Dah jadi macam musim. Adakah Malaysia sekarang ni selamat lagi?

Mana datang senjata api ni? Malaysia ada ke kilang buat pistol? Adakah proses pemilikan lesen senjata api ni senang sangat?

Salah satu sebab ; Dari Luar masuk Ke Dalam. Maksudnya seludup. Macamana seludup?

Ini terjadi bila segelintir anggota keselamatan dan orang awam "bukak mulut telan dan tutup mata pejam"
Contoh kecik kita boleh kaitkan dgn barang2  seludup. Sekadar contoh. Maka andaikan ianya MEGI SELUDUP.

"Bos, saya bawak megi seludup je bos. Bukan dadah. Setel sini lah bos"

"Bro saya buat ni untuk cari makan je bro. Nak hidup bro"

Bila sekali dua diorg lepas, maka diorg pun kenal. Hingga atas dasar budi bicara anggota, mmg malas nak cek atau nak ambik tau apa yg orang ni seludup. Sbb dah 3-4 kali cek - MEGI SELUDUP. Jadi kalau terserempak, mindset mereka terus kata "orang ni buat megi beras seludup"

10 tahun sindiket berjalan, ketua sindiket dgn anggota dan orang awam pun dah kenal sangat.... Yakin kah anda bahawa mereka ini masih buat job MEGI SELUDUP?
Disebalik kotak megi tu... Mesti ada barang lain. Orang bodoh je takkan ambik peluang untuk expand biznes..

Bayangkan kalau 6 bulan sekali si penyeludup megi ni selit sepucuk pistol  . Kalau sindiket dah berjalan 10 tahun, brapa banyak dia dah bawak masuk pistol?

Mindset orang kita memang rigid dan spoonfed.. Dan biased dgn wang dan harta, nak senang cepat. Kita cuma percaya apa yang kita rasa apa yg kita nampak, dengar dan pegang.

Maka mana sifat prasangka kita? Prasangka untuk keselamatan. Kita kena berfikiran positif dan bersangka baik pada tiap benda? Tak elok berfikiran negatif dan buruk terhadap sesuatu? Kepala hotak kau. Pasal terlalu bersangka baik sangat lah kita kena serang kat Lahad Datu.

Bersangka baik ye...? kasi Pelempang Panglima baru tau. Brain & Mindset reCalibration. Nak??

" Bos kitorang dah sediakan duit untuk abang semua. Tak payah lah tahan kami. Kami bawak megi seludup saja. Kalau bongkar semua, susah la kami nak masukkan dan kemas semula. Setel sini jelah bang. "

Itu kita cerita satu sindiket. Kalau tiap sindiket ada buat benda yang sama macamana?

Siapa yang berani buat job ni? Faham-fahamlah, Malaysia dah mansuh EO dan ISA. Lepas ni mansuh apa pulak??? Orang-orang yang wanted mcm ni perlukan wang untuk hidup. Nak cari kerja yang proper susah (mungkin kerana rekod mereka) maka diorang akan buat apa yang orang lain tak sanggup buat. Seludup, Bunuh,  dan lain lain.. Upahnya lumayan. (dengar kata)

Itu kalau kita andaikan mereka hanya seludup pistol. Bayangkan kalau mereka seludup senjata berat...

Apa kita masih taknak belajar dari kes Lahad Datu? Tak terfikirkah mereka bila satu ketika Misuari mendakwa dia ada lagi stok senjata di Sabah. Bukankah ianya juga diseludup  sedikit demi sedikit? Masa ke semasa? Parts by parts?

Jangan terkejut kalau lepas ni penjenayah dan pembunuh akan guna AK47 atau sniper Barret 50cal. Ala senang je. Tiap bahagian senjata kecai sikit-sikit sumbat dalam bakul sayur pun boleh. Selit dalam daging lembu atau ayam. Dalam baja taik ayam pun cun. Heavy & big parts masuk ikut lori sampah atau lori bawak najis.. Atau lori bawak babi. Siapa nak cek????

Ini cuma hanya satu sudut sempit. Kalau nak bukak luas. Sampai  Sebenarnya banyak lagi. Malas nak dihuraikan secara detail. Orang yang duduk berpangkat tu buat kerja dan fikir la. Mana anggota tak perform, transfer! Nak ambik anggota, jangan ambik asal boleh aje! Kesianlah pada anggota yang betul2 komited untuk buat kerja dan orang awam yang tak bersalah yg jadi mangsa.

Apakah kita nak Sindiket dan Kongsi di Malaysia ni tahap macam kartel kat barat, ada tentera sendiri siap ada askar upahan dan kereta perisai sendiri, baru kita nak anggap mereka ni ancaman?

Ingat Malaysia takkan jadi macam mexico? Ye ke? Pernah tak sebelum ni kita terfikir bahawa satu hari nanti sekumpulan lanun militan akan serang negara kita? Fikir

Kerajaan pun jangan lembik sangat! Kita ada finest bunch of operators yang skillfull dan komited. Kasi sapu lah. Jangan jadi bacul sangat! Adakah kerajaan sekarang telah tunduk ayas sebab tekanan berbentuk politik? Cuba nak pujuk siapa? Ketatkan semula undang-undang yang berkaitan dengan penyeludupan, hasutan, risikan dan ancaman keselamatan! Takkan tunggu rakyat bertindak sendiri? The right to defend ourselves, zombie apocalypse style. Amacam? Boleh? Nak tunggu apa lagi?

Orang awam, jangan pentingkan diri sendiri. Tak ambik kisah! Konsep 'Bukan Kerja Aku'.. Esok lusa tetiba ada orang gila pegang pistol tembak rambang tetiba kat kau, baru tau! Kena diri sendiri, baru kau faham. Salurkan maklumat! Ambil Peduli! Hanruh lah sikit!

Anggota!! Sebagai lapisan pertama keselamatan dan pertahanan, kena komited! Jangan tunggu gaji je! Tau lah keje gomen! Inilah masalah generasi Y, apply gomen sebab nak rilek! Respek uniform, Junjung amanah, laksana Tugas! Jangan buat malu uniform dgn bersekongkol dgn orang pengkhianat macam tu. Kalau tak reti hormat diri sendiri, sila hormat uniform dan agency anda! Ingat sikit halal haram.

Lepas ni siapa pulak akan kena tembak? Kau?  Aku?

SELAGI TIADA PERUBAHAN DRASTIK DARI SEGI UNDANG-UNDANG DAN DOKTRIN, SELAGI ITULAH ANCAMAN TERHADAP MALAYSIA IBARAT API DALAM SEKAM.

Wednesday, 3 July 2013

20 JUTA UNIT SAMSUNG GALAXY S4 TELAH DIJUAL DALAM MASA 2 BULAN!!!


Baru-baru ini, Samsung telah berhadapan dengan satu siri laporan dari pelbagai pihak yang mempersoalkan prestasi pasaran Galaxy S4 . Pihak-pihak pembroker saham agak bimbang tentang kelembapan pasaran yang mungkin akan terjadi telah membuat spekulasi negatif dan bersikap skeptikal terhadap "marketability" S4, menyebabkan nilai saham Samsung menjunam gila rabak dalam beberapa minggu lalu.

Tapi, berdasarkan data sulit Samsung yang mungkin akan dikeluarkan secara rasmi beberapa hari lagi, kemungkinan pelabur akan kembali yakin apabila mereka mendengar bahawa Samsung telah berjaya menjual 20 juta unit Galaxy S4 dalam masa dua bulan sahaja!

Wow. Gila Wow.

Untuk rekod, tahun lepas Samsung memerlukan 100 hari untuk mencapai kejayaan yang sama. The Galaxy S4 kini terpantas jualan peranti Android sebelum ini.
333333 unit sehari; 228 unit seminit

Kepala otak...!

Samsung Galaxy S4 dikeluarkan di peringkat antarabangsa pada akhir bulan April, dan dilancarkan tanpa isu-isu kesulitan utama di kebanyakan medan pasaran antarabangsa. Tahun lepas, prestasi jualan awal Galaxy S3 telah terjejas akibat dari masalah stok tak cukup.

Pada tahun ini Samsung bakal mengeluarkan beberapa lagi variant model S4, yang masing-masing mempunyai perbezaan dan kegunaan spesifik dari yang lain ;
Galaxy S4 Aktif,
Galaxy S4 Mini,
Galaxy S4 Zoom,
Galaxy S4 Play Edition,
Galaxy S4 LTE-Advanced.


P/s: Teknologi zaman sekarang sukar dan tak sempat nak kejar. Kecuali anda yang reka sendiri.
Haritu hampir-hampir terbeli S4 ni. Haha. Nope I stick to my XZ

Tuesday, 2 July 2013

KENANGAN FINAL F.A 2013 JDT vs KELANTAN

Aku plan nak tulis sesuatu yang berkaitan dengan bola Malaysia. Tapi nampak gayanya macam makan masa. Jadi aku upload dulu gambar-gambar kenangan aku masa ke SNBJ. Aku penyokong JDT, Yelah, Kan aku orang Johor haha. Jadi semua gambar ni korang akan nampak kaler Biru sahaja. Bukan biased, tapi itu jelah angle yang aku dapat. Lagipun tak cantik sangat shot ni. Pakai henpon je. Masa match tengha berlansung aku tak ambik gambar. Tak sempat. Dengan  pergerakkan kiri kanan semua chant, kalau tertepis henpon aku, konfom terbang dan hilang. Baik masuk poket dan sorak sama-sama. haha.

image
Sepanjang jalan menuju ke Stadium melalui Gate E
image
Bro Pad dan anaknya
image
image
Antara fans Johor yang masih berada diluar Stadium. Lek duluuu
image
ini namanya van PBNJ
image
image
Hampir Maghrib, mereka mula masuk Stadium. Sebenarnya time ni, Stadium dah penuh 90%.
image
Abang Polis kita yang bertugas pada hari itu. Unit K9. Anjing tu jinak, sebab dia tak kejar aku. Kira jinak la tu.
image
Security check. Lighter aku kena rampas dengan brader Rela no 2 dari kiri tu. Hahaha. Tugas dia. Menurut Perintah
image
nak caption jugak ke??
image
29… esoknya (30hb) adalah birthday Tengku Mahkota Johor yang ke 29. Maka rakyat Johor, yang di ‘LEAD’ oleh Boys of Strait beramai-ramai main Tifo ni. Nampak tak Merah Biru dekat sebelah sana tu? Tifo Effect
image
haaa. Ni tempat duduk aku. Walaupun masuk lambat, tapi nasib baik dapat dok belah depan. Time ni aku masih kat belah atas. Blok 109. Tingkat bawah
image
SATU HATI!
image
image
image
luaskan kuasamu
image
APEK!!
image
HUJAN RESIT!!!
image
image
Time ni bila dah habis match. Apa lagi?? kasi bakar Flare laaaa!!!
image
haaa. ni bukan kat Argentina mahupun Italy. Ini KaT TEMPAT KITA!! kAT Match kita dari orang kita sendiri! Meriah beb
image
Clone Troopers! Luaskan KuasaMu!! haha!
image
Flare, Dimana-mana.
image
image
image
JDT tak dapat piala..tapi dapat bentuk para penyokong yang berdisplin, satu hati dan supportive. Tahniah Kelantan. Gomo Kelate Gomo. Johor, Kami Tetap Menang. Lihat saja sorakkan dari penyokong Johor untuk Kelantan. Ini yang kita Mahu!
Aku ni penat nak tulis panjang-panjang kali ni. Sebab next post akan konfom panjang berjela. Kami Kalah piala tapi masih menang di hati. Syabas Kelantan kerana berjaya kekalkan takhta. A good game. Terima kasih semua fans JDT. Respek semangat kamu semua. Thanx BOS, thanx pasukan JDT, berjuang habis-habisan. Dan… Terima Kasih dan Happy Birthday TMJ, thanx for everything, Your Highness. Long Live TMJ !
LUASKAN KUASAMU!

Monday, 24 June 2013

BERARAK MENDUNG JEREBU




Sekali lagi, akibat perbuatan khianat manusia, bumi hangus dan manusia lain yang terima akibatnya.
Kita semua sedia maklum bahwa kebakaran hutan di Sumatra yang dilakukan oleh beberapa syarikat yang berpusat dari beberapa buah negara di Nusantara ini telah mencetuskan sebuah bencana yang boleh dikira sebagai dasyhat.
Aku menulis ini tatkala jerebu ini sedang beransur pulih dari kawasan aku, dan Perintah Darurat di daerah Ledang dan Muar, Johor telah pun ditarik balik oleh Perdana Menteri.
Jerebu hingga keluar Perintah Darurat -  mana tak dasyhat?
Kecoh dan merbahaya Jerebu kali ini. Boleh dikatakan Jerebu yang paling teruk dalam sejarah Asia Tenggara hingga menimbulkan ketegangan antara negara-negara berjiran yang terbabit.
Begitu juga kecohnya manusia. Ternyata rakyat Malaysia ni prihatin. Semua update tentang keadaan semasa melalui media sosial. Dan ianya sedikit sebanyak membantu orang ramai untuk memperoleh info tentang keadaan cuaca terkini di sesebuah tempat.
 Tapi ada juga yang poyo dan over. Ibarat dia sorang jelah tersedut jerebu 700 PSI. 
Hey, kawasan aku ( Johor Bahru/Pasir Gudang/Kulaijaya) walaupun lebih teruk dan lebih awal dilanda jerebu, takda pun kecoh. Ada setengah tempat yang belum apa-apa dah kecoh dah. Alahai kamon la. Ini semua Poyo.
Mula la time tu kata sakit tekak la, sakit mata la, semput la. Mula mintak majikan cuti atau shutdown operations.
Ada juga yang beri komen yang tahap bahlul, mengatakan sesebuah tempat tu jerebu teruk sebab Allah nak balas atas mungkarnya manusia ditempat itu. Ooo…. Gitu ke?
Jadi sekarang ni wilayah selatan semenanjung dah mula pulih dari jerebu (walaupun masih teruk) kerana angin bertiup ke arah utara pula. Berarak Mendung Jerebu ke kawasan lain dengam tahap yang amat merbahaya.Adakah ini disebabkan dosa, secara total?
Yang aku menyampah lagi satu adalah bab perokok ni. Aku pun hisap rokok juga tapi takda la poyo macam korang. Tak perlu nak cakap :-
” ni jerebu punya pasal aku batuk & semput,  susah hari-hari macam ni.. Susah nak buat keje. “
Haih? Yang kita isap rokok hari-hari tak semput & batuk pulak? Cuba kaji sendiri mana satu lebih kerap dan bahaya? Jerebu atau Asap rokok yang kita sedut hari-hari? 
Jadi ianya tidak perlu dijadikan alasan utama. Mind over matters. Alah bisa tegal biasa. Minum air banyak sikit. Pakai topeng, Teruskan hidup dan JANGAN POYO.
Yang aku kesian adalah budak-budak kecik. Anak aku dah berapa lama tak pergi outdoor. Tak dapat ajak dia bagi makan ikan kat tasik hutan bandar.
Biznes pun menurun. Lebih-lebih lagi yang membabitkan biznes makan open air dan outdoor seperti gerai, warung dan bazar. Samalah juga bagi mereka yang terbabit dalam bidang biznes sukan outdoor. Kesian peniaga kecil kita, orang kita. Dugaan. Sabar.
Orang yang tak niaga, yang makan gaji-tiap-bulan-cucuk-bank-konfom-ada-masyuk, yang duduk dalam ekon di ofis-ofis kompani besar dan jabatan-jabatan yang tersergam indah tu takkan faham segalanya dan takkan rasa realiti sebenar kaitan cuaca, bencana dan peniaga ni.
Kau takkan faham apa yang kau tak alami, sayang.
( ceh )
Harap bencana ini menjadi satu kayu ukur yang baru bagi agensi yang berkaitan dalam menangani bencana yang mungkin lebih teruk dari Jerebu ini. 
Ini baru Jerebu, belum lagi letupan  Nuklear (contohnya. Teringat dulu Malaysia ada ura-ura nak memajukan lagi bidang nuklear)
Perkara bencana seperti ini (lebih-lebih lagi ianya bermula faktor manusia) perlu kita rancang, kawal dan kuatkuasa dari awal. Rancang dari segi jalan perlaksanaan pendidikan, pencegahan dan penguatkuasaan serta semua jenis bentuk tindakan kecemasan.
Rancang. Ya. Walaupun kita cuma sikit-sikit boleh merancang namun Allah juga Maha Perancang dan Maha Menentukan, Namun harus ingat, Jika gagal merancang, anda merancang untuk gagal.
( If you Failed to plan, then you planned to Fail) 
Tindakan tegas perlu diambil oleh Kerajaan terhadap mana-mana individu dan syarikat tempatan yang terbabit memulakan bencana ini. No double standard, please. Babi tamak jangan bagi muka, jika benar mereka wujud.
Oleh kerana bangsat-bangsat ini punya pasal, satu Nusantara merana diancam bahaya. Jadi, Gov jangan lembik sangat. 
Aku setakat ini Alhamdulillah sihat cuma mata rasa bengkak dan sakit sikit serta badan terasa cepat panas dari biasa. Dah le aku ni memang jenis kurang minum air kosong. Haha. Ubah. Terpaksa ubah tabiat harian untuk survive.
Bini dan anak aku serta family aku yang lain dah mula batuk dan ada yang selsema. Kereta aku yang hitam naik kelabu. Malas aku cuci.
Lahanat punya manusia tamak, yang mulakan benda ni. Kau nak cut cost tapi orang lain kena bala. Kalau aku jumpa konfom aku tiaw dia cukup-cukup. Lanjiou butui.
Sori aku terulang bab tu. Geram tak habis.
Bersama kita usaha dan doa agar keadaan cuaca akan pulih seperti sedia kala secepat mungkin.
Akhir sekali disini aku nak ingatkan pada semua termasuk diri aku sendiri.:-
  • Minum air kosong lebih-lebih sikit.
  • Elakkan diri dari terkena air hujan (jika hujan sehari dua ni)
  • Pakai topeng (amat digalakkan)
  • Kurangkan aktiviti luar (bergantung kepada keadaan semasa)
  • Hidupkan lampu kenderaan korang.Keep calm & STFU
Wasalam , stay safe & stay alive.

azmannaim44
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...