F

Pages

Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts

Friday, 8 November 2013

BUKU YANG DICURI : POLITIK DUNIA SEJAK 1945


SEJARAH POLITIK DUNIA. 
Buku: Politik Dunia Sejak 1945
(Peter Calvocoressi)

Buku ni banyak sejarahnya (sejarah peribadi). Terus terang saya kata, buku ni adalah buku curik, atau dalam bahasa yang sopan- ambik tak pulang.

Pada zaman sekolah lagi saya dah minat dengan sejarah dan politik (tp bukan politaik Malaysia, ketika itu). Walaupun benda ni tak masuk pun dalam SPM/STPM, tapi saya berulang2 baca buku ni. 
Saya pertama kali terjumpa buku ini disebuah perpustakaan di trmpat kami pada umur saya 15 thun (Tingkatan 3). Tiap kali masuk library, mesti saya jenguk buku ni ada lagi ke tak dan baca sikit2.

Semasa saya nak habis SPM, saya ambil keputusan untuk rembat buku ni, sbb buku ni dulu susah nak cari dekat luar. Dan bila saya lihat rekod peminjam, Kosong. Seperti takda orang pun nak baca buku ni. Bosan kot. Ketika itu saya dah baca siap buat nota ringkas utk beberapa bab. Padahal bukan masuk exam pun.

Saya simpan selama setahun kemudian setelah saya sambung STPM, saya pulangkan semula ke library. Pada kali terakhir di library, saya sempat ‘cop’ buku ni dengan tandatangan lama saya, 2004. Awek lama mesti cam sign ni kan? Hahaha.

Masa berlalu. Kebetulan adik ipar saya (Mohd Akmal) juga masuk STPM beberapa tahun berikutnya dan terjumpa buku ini. Dia pun rembat semula dan tunjukkan pada saya. Di bawah tandatangan saya tu adalah tandatangan dia. Sejak dari haritu, buku ni ada dalam simpanan kami.

Buku ini mengajar saya pelbagai cerita dan fakta (serta auta) dalam permainan politik dunia. Hari demi hari, saya semakin faham apa yang berlaku. Ada yg betul ada yg salah dalam buku ni, secara realitynya. Almaklumlah, “History were written by the Victors”. Buku ini menjadi panduan dan rujukan pada awal proses pemahaman saya terhadap sejarah dan politik, selain beberapa buku lain. Sehingga ke hari ni saya masih menyelak buku ni dalam bab2 tertentu.

Kami akan pulangkan buku ini bila tiba masanya. Maafkan kami kerana mencuri. Daripada ianya dimakan anai-anai, lebih baik kami curi dan baca.

Artikel asal Fb: http://goo.gl/Gpd0V9

/ #barisannasional #politik #education #politic #world #books #memories #schooldays #1945 #history #buku #umno #pakatanrakyat #nazi #war #journal #stolen #followme #tagsforlikes #malay #xperiaz #random #monologmantra #azmannaim44 #laskarpetaka #kulai #kulaijaya #johor #malaysia


Friday, 13 September 2013

REALITI : Malaya/Malaysia, Zaman Insurgency dan Zaman Sekarang

Veteran Tentera, Polis dan Homeguard - dulu berperang lawan komunis, bertembak, putus kaki kena jerangkap samar, hilang nyawa. anak jadi yatim isteri jadi balu. Hanya Tahniah dan Pingat.. naik lah pangkat sikit. Sekarang, Tiap tahun mereka dipanggil untuk hamper saguhati, itu pun kalau ada yang ingat. Kalau ada persatuan veteran dan rakan-rakan yang ambil berat, maka itulah tempat paling rapat untuk mengadu. Wira tak didendang. Jasa mereka, dapat apa keistimewaan? dapat parking free? dapat tax reduction? ada? dapat tanah kurnia? dapat! Tanah kubur jelah. itu konfom dapat free.

Komunis. Bintang Tiga, MPAJA - dah bunuh orang awam dan anggota. Bom sana sini. Sentiasa merancang dan membuat keganasan. Tapi bila mula pengampunan dan rancangan Briggs.. mereka pindah ke kawasan baru.. mintak maaf dan mereka terus menetap di situ. Maka wujud persatuan baru dan bidang ekonomi mereka yang baru. Dengan sokongan kerajaan agar mereka tidak kembali untuk melakukan keganasan. moga mereka berubah. bila mereka tidak dapat apa yg di minta, subversif dilancar semula dalam pelbagai bentuk. Sampai waktu, ada di antara mereka menuntut dan diberi geran hak milik tanah tersebut. Tanah Penempatan free beb, at least.

Orang Politik - dulu mereka... err sekarang.. err..

ah malas lah aku nak bebel lagi.

Friday, 31 May 2013

N.E.D, N.D.I, C.I.A, BERSIH, SUARAM & POLITIK MALAYSIA



CIA%NED%NDI%SUARAM%ANWARIBRAHIM

Saya pening dan konfius... Apa yang dah terjadi dekat malaysia ni? Benarkah Pihak Luar telah berjaya campurtangan dalam negara kita? takkan lahh.... tapi, tidak salah untuk mengkaji.
Apa kaitan sesetengah Pemimpin Pembangkang, BERSIH, Dalang-dalang Bersih, CIA dan Arab Spring? Benarkah??
Tolong baca semua link yang ada dengan teliti dari segi sejarah dan penglibatan mengikut susunan. Jangan Bimbang. Sumber Bukan dari Utusan Meloya mahupun Haramkah. Jika anda kata ini fitnah, sila saman pemilik weblink ini.
#---BERSIH binti NDI (National Democratic Institute Malaysia)
http://nilebowie.blogspot.com/2012/04/bersih-30-politicizing-apolitical-in.html
#---NDI Binti NED (National Endowment for Democracy)
http://www.ndi.org/malaysia
#--- Visi dan Misi Demokrasi acuan Foundations For the Future http://www.foundationforfuture.org/en/WebPresence/AboutUs/VisionMandate.aspx
Kita semua sedia maklum cara Barat menyebar dan menjaga Demokrasi ke seluruh dunia lebih-lebih lagi negara dunia ke 2 dan ke 3 adalah melalui konflik dan tumpah darah.
#---NED & ARAB SPRING
http://www.nytimes.com/2011/04/15/world/15aid.html?_r=4& pagewanted=1&emc=eta1&
Jika Benar, Maka Arab Spring atau mungkin Asian Summer tidak mustahil akan terjadi di Malaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...