F

Pages

Wednesday 26 March 2014

#MH370 - Kesan dan Impak Part 2

#MH370 - Kesan dan Impak part 2

Saudara.

Dalam pengamatan saya yang lalai ini,
Kita sedang mengharungi satu fasa dugaan atau mungkin kifarah yang amat dasyat sebagai Sebuah negara, sebuah umat.

Tragedi yang tak pernah kita sangka akan berlaku pada kita, telahpun berlaku. Walaupun tiap sesuatu mesti ada sebab-sebab dan kronologinya yang sepatutnya, tapi ingatlah tentang Qada dan Qadar.

Tatkala kita bersedih, bersimpati kepada mangsa yang terbabit serta tidak habis berdoa agar ahli keluarga serta kenalan mereka dikurniakan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini,

Tapi Hakikatnya, masih ada yang cuba menangguk di air yang keruh.

Dalam kita berkabung mengingati insiden ini, masih ada yang cuba menangguk di air yang keruh.

Walaupun pernah saya terfikir mungkin inilah kesannya, tapi saya tak sangka ianya akan menjadi tahap begini.

Malaysia dianggap sebagai 'tuan rumah' bagi penyelesaian perihal insiden ini. Walaupun ramai negara luar yang membantu, namun kitalah menjadi tunjang tiap gerakan dalam hal ini.

Benar, pada awalnya kelihatan kucar kacir dari segi penyiaran maklumat rasmi yang nampak bercanggah antara individu dan agensi. Percayalah ianya bukan bercanggah, tapi ianya Tidak Tersusun dari segi kronologi yang amat bergantung pada perolehan maklumat yang datang dari pelbagai sumber, termasuklah dari agensi kita, pihak luar yang bermacam-macam negara yang turut serta membantu, serta pihak-pihak lain.

Maka disitu muncul kecelaruan maklumat. Padahal, kalau ikut betul-betul, tak perlu nak buat PC, cukuplah sekadar memberitahu ahli keluarga yang terbabit. Mungkin PWTC boleh release official statement yang printed. Ini pada pendapat saya adalah untuk mengelakkan manipulasi maklumat serta ambush journalism.

Namun pihak kerajaan ingin menjelaskan dan menerangkan kepada dunia tentang progress dan maklumat terkini, agar tidak muncul dakwa dakwi. Untuk menyalurkan berita dengan cepat kerana telah pun maklum bahawa sifat ingin tahu dan ambil berat dikalangan rakyat Malaysia ini amat tinggi. Lebih-lebih lagi perkara yang membabitkan nyawa rakyat kita, sahabat kita.... Keluarga kita. Maka dalam kaca mata para pemimpin, rakyat berhak untuk tahu.

Ibarat bapak yang cuba menerangkan anak-anaknya, kemana salah seorang adik mereka pergi.

Hari demi hari dunia tekun memerhati perkembangan insiden ini. Menunggu bila the latest PC. Perlu diakui, pengurusan penyampaian maklumat kita semakin hari semakin teratur.

Dalam masa yang sama, segala keperluan yang perlu digunakan dalam misi SAR telah pun digerakkan oleh kita.

Tak perlu saya ulas tentang kapal selam scorpene yang tak dideploy. Penat. Sakit hati nak terangkan. Ada sebabnya.

Pendek kata,
Let Pros do their Jobs,
Let us Pray.

Biarlah yang Ahli yang Mengendali.

Media luar, walaupun mereka nampak penambahbaikkan yang berlaku, mereka tetap cuba mencari salah kita. Walhal mereka lupa, bahawa ada juga wakil dari negara mereka yang menghantar aset yang mungkin jauh lebih canggih dari kita. Mengapa tak hentam skali wakil-wakil SAR mereka? Jika mereka kata kita lembab dan gagal, maka semua yang terbabit itu lembab dan gagal. Termasuklah wakil-wakil SAR dari negara mereka.

Kini, muncul kesan.

Ada dikalangan media negara luar telah membuat spekulasi liar, manipulasi informasi serta berita-berita yang mencalarkan maruah Negara, dan yang paling teruk, menyakiti perasaan ahli keluarga mangsa yang terbabit secara tak lansung.

Sehingga ada yang mengatakan "Kerajaan Malaysia dan Tentera Malaysia adalah pembunuh."
Itu menurut apa yang mereka dapat dari menemuramah ahli keluarga mangsa yang mana satu entah... Kononnya.

Satu tuduhan yang amat liar. Saya pelik mengapa kerajaan negara mereka tak menasihati media mereka agar kontrol sikit volume puaka mereka? Adakah atas sebab kebebasan media? Apa jadi dengan keharmonian diplomatik?

Di satu tempat yang lain, kedutaan kita dikepung. Kita dipersalahkan kerana Kononnya kerajaan Malaysia menyembunyikan sesuatu dari mereka.

Mengapa?

Bukankah misi pencarian kotak hitam masih dijalankan? Maka tanpa kotak hitam, macamana nak siasat dengan terperinci what when wrong?

Segalanya tersembunyi dalam kotak hitam itu. Bukan kita yang sembunyikan.

Di sini saya juga pelik. Mengapa satu negara yang amat terkenal dengan ketegasan mereka ( ada kisah satu insiden perhimpunan di sebuah Square pada masa dulu), yang katanya amat rapat dengan kita dari segi diplomatik, Tidak mengawal rakyat mereka yang mengepung kedutaan kita di sana?

Sedangkan jika ada perhimpunan sebegitu berlaku bukan sebab insiden ini, konfom ada yg pecah kepala atau mati dilenyek kereta kebal anti perusuh.

Mungkin itu andaian saya berdasarkan fakta yang berlaku. Mungkin itu terlalu jauh sangat.

Yang amat mengecewakan adalah, bila rakyat kita sendiri, orang kita sendiri memperlekehkan usaha Negara kita. Mengutuk tanpa henti. Mempersoal tanpa erti. Bagai mereka yang menyelam bawah laut dan mencari.

Hingga ada juga bangsat yang lansung tidak sensitive pada perasan ahli keluarga mangsa.

Seperti saya katakan pada awal, kita sedang melalui satu fasa dugaan yang amat besar.

Orang Luar memerhati dan menunding secara halus pada kita, mengapa perlu kita menunding jari sesama sendiri?

Ini bukan masa untuk berkelahi, berpolitik, memaki.

Biarkan yang Ahli yang Mengendali.

Harap Sedarlah dari mimpi.

Apa yang kita perlukan adalah kesedaran, dan perpaduan. Cukuplah itu untuk memberi kekuatan bagi ahli keluarga yang terbabit dan tiap individu yang ditugaskan dalam hal ini.

Jika anda tidak mampu berdiri disebelah saudara-saudara anda, maka siapa lagi?

Mengapa sukar untuk mengamalkan budaya hormat? Dari tanah mana kamu datang? Setahu saya orang kita amat sensitive dengan keperitan orang lain!

Jika ditakdirkan seluruh dunia luar menghentam kamu (walaupun kamu tak sedar) dengan siapa kamu nak berdiri?

Bukankah kamu pasti akan berdiri dengan keluarga ini? Keluarga besar ini? Malaysia ini?

Maruah Negara adalah Kedaulatan juga.
Sama-sama kita pertahan.

Insiden ini memilukan mereka yang terbabit.
Hormati perasaan.
Sama-sama doakan mereka agar dikurniakan ketabahan.

Malaysia, Bangkit Dari Mimpi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...