F

Pages

Monday 24 February 2014

ISTANA KEBAL DAN BEBAL

Pernah dengar kisah Raja dan Istana Kebalnya? Akhirnya roboh istananya sebab dia sentiasa anggap istananya kebal, tanpa ada usaha untuk hantar orang-orang dia ke luar berlawan dan mengintip gerakan musuh.

Dia hanya terkurung bertahan dan terperap dengan emas, perak serta gundik-gundiknya dalam sebuah kayangan. Tanpa ambil peduli apa yang berlaku diluar istananya, di luar akalnya.

Dinasihati oleh para penasihat baghal dan bersifat pemalas dan pembodek (semua ok je bos) yang sama hukumnya dalam keadaan ini boleh ditakrifkan sebagai pembelot, membelot dengan cara tugasannya yang lembab bodoh dan bebal.

Maka hancurlah sekuat mana Istana itu, walau berdiri teguh bagaimanapun dan berapa lama pun sesebuah empayar.

Pemimpin hebat dahulu kala mereka cekal membina empayar kehadapan berlandaskan apa yang terjadi sebelumnya dalam sejarah, yang di kumpul melalui kajian, kajian yang berteraskan kejadian dan maklumat. Itu pemimpin hebat.

Empayar akan hancur bila perwaris pemimpin asyik bercerita tentang hebatnya jasa empayar pada masa dulu. Itu dulu. Maka lalailah mereka dalam istana kebal-al-bebal mereka.

Maklumat. Dengan maklumat akan munculnya kesedaran. Maklumat datang dari pelbagai sumber. Dan datang dalam pelbagai keadaan, spectrum dan dimensi. Dari Istana emas hingga ke Kandang babi. Oleh si puteri rupawan mahupun dari si pelacur murahan.

Tak kira mana, maklumat tetap perlu dikutip dan diproses.

Dan perlu maklum, bukanlah ianya menjadi sesuatu yang mempunyai Nama dan Taraf yang tinggi. Mungkin atas sebab bidang tugasannya itu.

Hinggakan, dalam sebuah istana itu sekarang, ramai sangat yang nak jadi perwaris, mendabik dada dan bergelut gelumanglah mereka sesama sendiri, dengan harapan
" aku akan dapatkan taktha itu "
Namun, tiada seorang pun yang rela jadi PETANI, PEJUANG, PERISIK membangunkan dan mempertahankan empayar.

Apa yang ada cuma angan mat jenin. Tiada gerakan strategik untuk mengatasi pihak lawan, tidak berani duduk bersama memerhati mereka dalam bayangan.

Apa yang perwaris-perwaris takhta ini ada?
Keberanian?
Kejujuran?
Pengetahuan?
Angka Kekuatan?
Atau yang ada cuma,
Angan-angan?

Saya harapkan mereka yang gelarkan dirinya sebagai pejuang, imam, murshid, dan pemimpin disekeliling saya dapat memahami.

Sedarlah sebelum runtuh Empayar itu. Empayar takkan wujud dengan adanya raja dan kerabatnya sahaja. Namun tetap memerlukan segenap lapisan hirarki masyarakat untuk membinanya walau dengan DARAH dan NYAWA.

Salam dari medan gelap, kotor dan busuk. Moga di sana kamu kekal bersih cantik dan wangi.

MALAM

Malam
Bila rinduku bertambah dalam
Kau datang lagi dengan kenangan
Oh! betapa dinginnya malam ini

Kasih
Bila malamku bertambah kelam
Seribu kisah melintas mata
Dan malam ini sungguh mencengkam

Bila malam
Tiap kali ku pandang semalam
Resahku sering menjadi dendam
Hatimu ku rasakan dingin

Dan malam
Adalah masa yang membawa kesan
Pada diriku yang kesepian

Kini ku tenggelam
Di bawah alunan ombak malam
Oh! malam

Bila malam
Tiap kali ku pandang semalam
Resahku sering menjadi dendam
Hatimu ku rasakan dingin

Dan malam
Jika dikau dapat bicara
Katakanlah pada hamba

Mengapa dia pergi membawa hati ini
Oh! mengapa
Oh! Malam

lirik lagu M. Nasir - Malam 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...