F

Pages

Sunday 7 August 2011

SERI NAJWA FERDA BT HASAN HILANG !! ( SEMBOYAN )

!!SEMBOYAN!!

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ



















BUDAK HILANG DAN DIPERCAYAI DICULIK

Pada : 04/08/11 

Kawasan :Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak

Nama : Seri Najwa Ferda Bt. Hassan
Umur : 17 Tahun
Tinggi : 156cm

Kepada sesiapa yg ternampak atau memiliki info sila hubung

Puan Seri Wangi (Ibu) - 017-5999137
Ameerul (Abang) - 017-5351451
Sarjan Norhisham - 019-5162896
Adzam Anuar (Bapa Saudara) - klik untuk ke profile FB 

Atau anda boleh menghubungi mana-mana Balai Polis yang berdekatan

Kerjasama anda semua amat diharapkan dan dihargai. Bayangkan jika ahli keluarga atau kenalan anda hilang seperti dia? apakah yang anda akan lakukan?

Untuk menyebarkan imej dan post ini di facebook, sila klik sini kemudian share imej ini di profile, page, mahupun group.

>macam macam dunia sekarang ni - 44






Saturday 6 August 2011

KENYATAAN RASMI DARI SIMPLYSITI BERKAITAN ISU 'BERUS BULU BABENG'' ( U.P )

-UNOFFICIAL POST-

APAKEBEGER!?!?! APAKEBEGERRRRR!?!?!?
 FAQ! FAQ! FAQ!

TERUS HIDUP CERITA PASAL SIMPLYSITI ?? 


APA KEJADAAAHHH!!!!?!?!?!?

 " HEY !!! BLOG NI SEPATUTNYA AJAR TENTANG CARA NAK LIPAT ORANG! BUKAN PASAL BARANG MEKAP!!! "

Sabar!! Bukankah blog ini berkaitan dengan Keselamatan dan Survival? Bukankah ianya sesuatu yang amat meluas? Maka tak salah kot jika saya post pasal benda ni sebab ianya adalah mengenai:-

  1.  Keselamatan dalam sudut hukum syarak yang berkenaan dengan status Halal produk tersebut
  2.  Survival kita sebagai pengguna agar tidak terkena kelepet dengan mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab ( tertuduh mahupun yang menuduh )
Pergh gile cantik makeover dia. Goldie beb! Shading pun smooth jek!!
--Wait! did i just talk bout her mekap?? what's wrong with me!
    Wokeh, berkenaan isu orang kata produk SimplySiti ada unsur Babeng. Khabar angin yang bersepah dalam internet banyak mengatakan bahawa Berus Mekap cap SimplySiti menggunakan Bulu Babeng. Saya sendiri pun terkejut kerana ada diantara kaum keluarga dan rakan saya ada pakai produk Simply Siti. Walaupun khabar angin itu mengatakan tentang Berus ( setakat ini yang saya dengar ) tapi mestilah kita mula was-was terhadap produk-produk lain yang di keluarkan SimplySiti. Kan? kan ? kan ?

     Maka saya tunggu dengan yakinnya bahawa pihak SimplySiti akan tampil dengan keterangan mengenai isu ini. Maka soalan pun terjawab.

     Pada 5 Ogos 2011, Sekitar pukul 4 petang, big boss SimplySiti, Dato' Siti Nurhaliza  telah menyatakan penafian perkara yang kecoh bangat itu melalui laman Twitternya di @CTNurhaliza11 

�Semua produk SS & berus yg digunakan dlm produk adalah mendapat kelulusan HALAL drpd jakim dan pemeriksaan adalah dibuat sblm setiap produk dihasilkan dan kita akan mengenal pasti dan memperbaiki setiap usaha utk memastikan setiap produk mendapat kelulusan jakim.� � Siti Nurhaliza

Kemudian ianya disusuli pula dengan berita yang dilaporkan oleh Mstar hari ini ( 7 ogos 2011 ) :-

"PETALING JAYA: Produk kosmetik SimplySiti menafikan penggunaan berus bulu babi dalam produknya sebagaimana yang didakwa dalam sebuah laman blog baru-baru ini.
Presiden produk tersebut Datuk Siti Nurhaliza Taruddin berkata kesemua produk keluaran syarikat tersebut telah mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) sebelum dipasarkan kepada umum.
"Apa yang berlaku di dalam konteks seperti yang tertera di di dalam blog tersebut adalah tidak benar. Bulu yang dilaporkan di dalam lampiran tersebut bukanlah bulu berus yang terdapat di dalam produk SimplySiti.
"Oleh itu, kami dengan ini menjamin bahawa produk-produk SimplySiti yang telahpun mendapat pengesahan Halal JAKIM adalah benar & berus yang terdapat di dalam produk-produk kosmetik yang kini terdapat di pasaran juga adalah mematuhi syarat piawaian Halal daripada JAKIM," ujarnya dalam sebuah kenyataan akhbar yang dikeluarkan, di sini, Sabtu.
Siti menjelaskan tuduhan sebuah laman blog pada 3 Ogos lalu telah mendakwa sampel berus produk SimplySiti telah dikesan mengandungi DNA bulu babi
Bagiamanapun, Siti berkata pihaknya akan mendapatkan kenyataan daripada JAKIM berkenaan status halal ini secepat mungkin agar isu ini tidak terus berpanjangan.
"SimplySiti akan turut mendapatkan kenyataan daripada JAKIM supaya hal ini tidak lagi dipanjangkan sehingga meragukan pengguna SimplySiti.
"Kami harap pihak JAKIM akan dapat menerangkan status halal SimplySiti dalam kenyataan akhbar mereka nanti. Dan memandangkan isu ini timbul secara mengejut dan kebetulan jatuh pada hujung minggu, pihak SimplySiti akan turut berjumpa dengan pihak JAKIM secepat mungkin untuk berbincang tentang hal ini.
"Kami mohon agar orang ramai tidak membuat spekulasi awal kerana kami sangat prihatin dan sentiasa menitikberatkan kualiti dan kesucian di dalam produk kami," ujarnya.
Jelas Siti, pihaknya terpaksa mengeluarkan kenyataan akhbar ini bagi mengelakkan salah faham orang ramai memandangkan terlalu banyak pihak telah menyebarkan spekulasi mengenai hal ini."   - sumber Mstar
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
    Kecoh! Moral of da story : Jangan suka sebar benda yang tak ada hujung pangkal boleh tak?? jangan suka sebar khabar angin boleh tak?? BOLEH TAAAAKKK???!!?!. Itu ada babeng lah, ini ada babenglah. Orang kita ni suka sangat dengar Rumors. Ada bukti? Dah siasat? Apakah kredibiliti saksi itu? 

" eh betul lahh, aku dengar diorg cakap dalam blog, aku sendiri baca.. konfom~!" ---- PALEHOTAK KO!!

    Kalau ada kecoh-kecoh lagi tentang isu Halal tentang sesuatu produk lagi, saya harap anda semua diam dan terus refer pada JAKIM  . Tak perlu nak Sms sana, Email sini, Twit sana, Post sini -- TAK PAYAAH!!! You Are Not Helping! 

    Menyebarkan sesebuah berita yang masih samar, masih tiada 'buktui', tidak betul atau fitnah tentang sesebuah kompeni besar macam ni (milik artis besar pulak tuh!), jika anda tersilap langkah atau tersilap sebar, KALAU KENA SAMAN , BARU TAU!! RABAK BEB!! RABAAAKK!!! JANGAN PANDANG REMEH TENTANG PERKARA NI. 

RUMORS!
HUH, HAPAPUNTAKBOLEH!!! 


...atau..

.. ini sejenis Sabotaj Perniagaan? hmmmm~

Sekian, saya belum tidur ni. kepala dah start migrain balik
Assalamualaikum!

*Buktui (bukti+betul)


Thursday 4 August 2011

ASAS KESELAMATAN DAN PERTAHANAN DIRI BAB I : PENGENALAN & WASPADA

PENGENALAN   
     Setiap orang pada sesuatu ketika dan keadaan akan berhadapan dengan situasi yang tegang atau berhadapan dengan seseorang yang boleh merbahayakan dirinya. Ini boleh berlaku di rumah, tempat kerja ( mungkin dengan rakan sekerja atau bos ), pelanggan ( jika anda mempunyai kedai, warung atau anda adalah seorang salesman direct selling ), pesakit ( jika anda tukang urut, jururawat, doctor dan sebagainya ). Mungkin berlaku sewaktu anda bersukan, atau mungkin juga boleh berlaku dalam perjalanan anda ke sesebuah tempat dengan orang yang anda tidak kenali ( unfamiliar places, unfamiliar faces ).- KONFLIK

Pernahkah anda mengalami atau melihat situasi begini?
"Masihkah Kau Ingat? Masihkah Kau Ingat?... "
       Dengan meningkatkan kewaspadaan anda terhadap keadaan sekeliling, kemungkinan yang akan timbul dan penilaian terhadap segala jenis ancaman dan serangan, ianya boleh membantu anda menyelamatkan diri mahupun menyelamatkan orang lain apabila datangnya bencana dan bahaya.



PERBEZAAN ANTARA ANCAMAN DAN SERANGAN

ANCAMAN :



muka pakcik yang nganjing tu macam muka member aku
  1. Dilakukan dengan Kata-kata ( verbal ), tulisan berunsur kekerasan atau menakut-nakutkan, lucah dan kesat, amaran serta ugutan terhadap diri seseorang .
    Contohnya : � hey #(!)@)#, beri beg duit kau ! Kalau tak aku bunuh kau, celaka !�.
  2. Pergerakkan Fizikal yang berunsur Provokasi dan Ugutan.
    Contohnya : Gerakan seakan-akan ingin mencederakan seseorang seperti seakan-akan cuba menumbuk, menampar menyepak ( dengan kaki mahupun tangan ) atau mencekik . Menunjukkan, menujukan, mengacukan atau �bermain� senjata ke arah seseorang. Menetak, menghayun, membaling ,menghempas , menikam sesuatu berhampiran dengannya atau seseorang dengan objek ( cthnya batu, botol, parang, pedang, batang besi) . Seakan-akan cuba menyimbah ( dengan asid, minyak tanah mahupun air ) Menembak ke udara atau arah selain ke arah seseorang ( menggunakan pistol, senapang mahupun panah ) � Semuanya dengan tujuan menakut-nakutkan, mengugut dan memberi amaran kepada seseorang.


  • Perbuatan yang sama ertinya dengan ugut, gertak, mengacah dengan niat menimbulkan ketakutan , kebimbangan dan kadang-kala kemarahan dari diri seseorang, sesebuah kelompok masyarakat dan pada setiap benda yang bernyawa dan berperasaan.

SERANGAN :

Sesungguhnya, rasa ditumbuk di hidung amatlah sakit,. Cubalah
  1. Dilakukan dengan Fizikal .
    Contohnya menumbuk, menyepak, menerajang, menyiku, menampar, menyekik, memeluk, memegang tangan atau mana-mana bahagian badan anda dengan niat untuk menyakitkan, mencederakan, mencabul , merogol merompak mahupun membunuh anda.Cukuplah sekadar merapatkan dirinya ke badan anda atau menyentuh sedikit mana-mana bahagian badan anda. Walaupun cuit sedikit pun, ianya dah boleh dikategorikan sebagai satu serangan.
  2. Dilakukan dengan Objek .
    Contohnya menetak, menembak, membaling, menghayun, menyimbah , melempar dan sebagainya menggunakan sesuatu objek ke arah seseorang atau sesuatu.
  • Sesuatu perbuatan yang dibuat dengan niat untuk menyakitkan, membinasakan, menghancurkan , memberi kesan negatif kepada fizikal seseorang mahupun sesuatu tempat, barang dan keadaan

Malang boleh berbau, jika anda bersedia dan tahu cara untuk mengelak dan mengatasinya. Anda boleh mengubahnya. ( skema siot ayat! )



Di sini saya akan menerangkan 3 Asas Utama dalam Keselamatan dan Pertahanan Diri iaitu
WASPADA , PENILAIAN & TINDAKAN





WASPADA


BAGAIMANA UNTUK MENJADI LEBIH BERWASPADA?

              Dewasa kini anda sering terdengar pelbagai jenis jenayah yang berlaku dari segi ancaman dan serangan. Saya tidak akan meletakkan mana-mana statistic di sini kerana mungkin pada satu ketika nanti, statistik itu akan menjadi tidak relevan pulak. Maka pendedahan anda terhadap berita, statistik dan kajian kes-kes sebegini amat berguna untuk membentuk sikap waspada anda.
              Berjalan di muka bumi ini, di mana sahaja pun, anda tidak akan selamat! Percayalah. Lihatlah kes-kes yang berlaku sekarang.
  • Lelaki yang baru memasuki kenderaannya dikelar lehernya dan dihancurkan mukanya agar mayatnya sukar untuk dicam waris.
  •  Ibu mengandung ditikam sampai mati, tikaman itu menembusi bayi yang dikandungkan.
  •  Gadis yang baru pulang kerja dirogol bergilir-gilir, dibunuh dengan dipijak beramai-ramai. Mulut, kemaluan dan duburnya dituang asid agar pegecaman DNA sukar dilakukan oleh pihak Polis, kemudian mayatnya diikat dengan tilam lalu dihanyutkan di sungai. 
  • Kes ahli perniagaan diculik semasa perbincangan bersama rakan niaga yang dikenalinya kemudian dikurung , diseksa ( berkemungkinan dirogol ), dibunuh, dibakar kemudian dipotong sebelum dihanyutkan ke sungai yang berhampiran.
  •  Seorang gadis yang disamun, dirogol, kemudian dibunuh. Mayatnya pula dibakar kemudian dipotong menjadi dua bahagian.
    ( perlukan contoh visual? nah ! nak lagi? nah!)
          

           Anda mungkin adalah mangsa yang akan datang, yang akan menjadi perbualan masyarakat. Yang akan terpampang di dada-dada akhbar. Yang terkujur, terkangkang dan mungkin berbogel tatkala para forensic mengambil gambar kes itu. Anda mungkin akan mengalami keadaan seperti mana mangsa-mangsa itu telah alami di ambang maut mereka, � MENJERIT, MERAYU TETAPI TIADA SEORANG PUN YANG PEDULI!

*saya tujukan ini lebih-lebih kepada gadis-gadis, aweks-aweks, wanita. - PEREMPUAN. Bimbangnya  saya pada golongan ini, Tuhan saja yang tahu.


TAKUT?
              Bagus. Jika sekarang ni anda mula rasa takut dan mungkin risau, bermaknanya anda adalah manusia yang normal. Dengan rasa takut inilah anda mungkin akan berusaha untuk bersedia dengan segala kemungkinan yang akan anda hadapi. Ianya akan membentuk �self defense mechanism� secara tidak lansung. Takut bukan bererti anda lemah. Kerana takut adalah sifat mereka yang berfikir. Dengan berfikir, anda akan membuat sesuatu dengan teratur dan bersedia � WASPADA.
            Ya, takut adalah kunci untuk berwaspada, yang dihasilkan oleh pemikiran kritis dan diikuti dengan persediaan dan tindakan.

Pernah jurulatih saya berkata pada saya :

� Di dalam suatu keadaan yang kritikal yang menguji keberanian dan kejantanan kita, sifat takut itu adalah satu senjata dalam diri kita �


TAKUT DAN BERWASPADA ADALAH JAUH LEBIH BAIK DARI BERANI YANG MEMBABI-BUTA

Fikir-fikirkan.



DIRI ANDA ( Persediaan dan Penilaian Awal Diri Sebelum Konflik Berlaku )

                  Kita masih dalam tajuk WASPADA. Penilaian dan persediaan diri masih saya masukkan dalam WASPADA. Ini kerana anda tidak dapat menilai keadaan, kekuatan dan kelemahan diri dan memperbetulkan kesilapan yang dibuat oleh diri anda semasa sesebuah konflik sedang berlaku. Itu dah terlambat.
                  Contohnya, Jika anda keluar pakai selipar, maka anda terpaksalah berlari atau menerajang penyerang itu dengan selipar. Selipar takkan boleh anda tukar menjadi kasut jika anda menilai diri anda pada waktu konflik itu berlaku.
                   Maka sebelum kita masuk bab Penilaian ( terhadap tempat, keadaan dan penyerang ) adalah lebih baik kita menilai diri kita terlebih dahulu. Ini yang sepatutnya anda nilai sebelum anda berbuat sesuatu atau pergi ke sesebuah tempat.


�ADAKAH ANDA MEMPUNYAI TAHAP EQ & IQ YANG OPTIMUM DAN STABIL?


saya suka mr homer simpson!
Hahaha. Bukan bermaksud saya kata anda gila atau bodoh. EQ dan IQ yang optimum dan stabil dapat menilai dan bertindak bergantung kepada sesebuah keadaan dengan bagus!

EQ EMOTIONAL QUOTIENT : ( juga disebut sebagai Emotional Intelligence ) ukuran bagi daya dan kebolehan untuk menggunakan kekuatan emosi dan �cognitive thought� dengan optimum bergantung pada situasi yang dihadapi seseorang ( pertimbangan ). Ianya merangkumi gerak hati ( intuition ) , minat terhadap sesuatu, kebimbangan, kreativiti, fleksibiliti pemikiran, kebolehan menghadapi dan mengawal tekanan (stress management), intergriti, kepimpinan seseorang. Kebolehan mencipta, mengenal dan mengawal perasaan sendiri dalam menilai sesebuah persoalan dan situasi untuk membuat sesuatu keputusan. Ianya membabitkan fungsi bawah dan tengah otak : Limbic System. Kebolehan untuk menilai segala yang berlaku pada sesuatu masa dalam keadaan sekeliling kemudian mentafsirkannya sebagai ancaman atau sebaliknya.

IQ INTELLIGENCE QUOTIENT: IQ adalah �unit ukuran� kebijaksanaan seseorang. IQ digunakan untuk mengukur Cognitive Abilities ( daya dan kebolehan otak seseorang untuk memahami dan berfikir utk bertindak mengikut situasi kecil, besar, susah mahupun senang ).Kebolehan untuk memahami sebuah situasi yang baru dan memahaminya. Kemampuan seseorang untuk mengaplikasi sesuatu ilmu yang telah dipelajarinya pada sebuah permasalahan yang timbul. Ianya membabitkan fungsi neo cortex atau bahagian atas otak.

Jika anda mempunyai masalah EQ dan IQ, anda mungkin:

  •  mungkin anda tak ingin, tak minat untuk membaca artikel ini ( tiada perasaan ingin tahu kerana tidak terasa takut ,bimbang tentang keselamatan diri anda : EQ ),
  •  tak dapat membaca dan mungkin takkan faham apa yang saya tulis ( tidak dapat mengeja, menilai dan tidak boleh berfikir justeru tidak memahami tentang langkah-langkah keselamatan diri dan tidak memahami langkah-langkah yang patut anda lakukan : IQ )

Oleh kerana anda telah membaca sampai di sini, maka saya anggap anda tidak mempunyai masalah EQ dan IQ.. TAHNIAH!! hahaha

****Ada orang kata Keyakinan terletak di hati ( EQ lah tu maksudnya ) Tapi saya menyangkal kata-kata itu . Ini kerana Keyakinan yang sebenar dan yang sepatutnya wujudnya dari persediaan, ilmu, teknik dan taktik dari pengalaman, mengenal dan memahami kemampuan sebenar diri ( ini semua dinilai dan diproses oleh IQ ). Inilah punca keyakinan sebenar.
       Apa yang meyebabkan sesetengah orang tidak yakin dan takut untuk membuat sesuatu yang lasak contohnya Bungee Jumping, Flying Fox mahupun men�Drift� kereta? Ini kerana mereka tidak memahami, mempelajari atau mempunyai ilmu pengalaman dan �alternative technique� ( ini semuanya berkaitan dengan IQ ) tentang sesuatu perkara yang dianggap tidak yakin dan takut tersebut.

- Maka sekarang cuba pula fikir, adakah fikiran dan emosi anda dapat dikawal dan berfungsi dengan baik apabila anda berada di bawah tekanan yang tidak akan anda sangka?




� APAKAH TAHAP KESIHATAN FIZIKAL ANDA?


     Adakah anda mempunyai penyakit seperti lemah jantung? Semput? Tekanan darah tinggi? Sawan? Atau adakah anda rabun mata? Buta warna? Sejauh mana dan setajam manakah penglihatan anda? Bolehkah tekak dan mulut anda mengluarkan suara yang kuat pada ketika itu? Bagaimanakah tahap pendengaran telinga anda? Adakah kaki dan tangan anda tidak terkehel atau tulangnya patah? Bagaimanakah tahap stamina anda? Mampukah anda berlari dengan laju?
                           
Amalkan gaya hidup sihat - sebelum terlambat.
      Ini adalah antara soalan-soalan yang patut anda fikirkan berkaitan dengan kesihatan badan anda. Maka jika anda mempunyai masalah tentang kesihatan, maka adalah lebih baik jika anda fikir sekali lagi untuk berbuat sesuatu dan pergi ke sesebuah tempat.
       Dikhuatiri tahap kesihatan anda akan menjadi titik kelemahan yang akan digunakan oleh pihak lain dengan tujuan memperdaya dan merbahayakan diri anda.

*** Perbandingan yang kejam : Lebih senang meragut orang yang tempang berbanding orang yang sihat. ( tanpa prejudis )


" Mari rapat. Aku tampo korang sampai berbuih! "
� ADAKAH ANDA MEMPUNYAI ASAS PERTAHANAN DIRI?

      Ada? Tiada? Ada? Hmmmm.. Jika ada, amat baguslah.! Sekurang-kurangnya anda boleh mengikut teknik dan taktik yang anda telah belajar dan yang selesa dengan anda. Tapi jika tiada pun takpa, anda masih boleh menggunakan gerakan reflex anda sebagai salah satu teknik yang berkesan.
       Namun harus diingat, adakah anda sentiasa bersedia? Seni mempertahankan diri yang jenis macamana anda belajar? Sentiasa bersedia, anda tidak boleh mentakrifkan setiap musuh dan penyerang itu sama. Mungkin penyerang itu mempunyai senjata dan teknik yang lebih �advance� yang tidak boleh kita atasi dengan seni mempertahankan diri kita yang pernah kita belajar?
        Bak kata orang, Prepare for the worse. Jangan kail panjang sejengkal nak diduga kapal selam Scorpene yang tak nampak di dasar laut tuu. Macam-macam boleh jadi.
         Aplikasikan ilmu anda bergantung kepada keadaan, situasi dan individu yang sesuai. Macam mana nak tahu ianya sesuai atau tidak? Berbalik kepada tahap penilaian yang dibuat oleh IQ & EQ anda.


� APAKAH PAKAIAN ANDA?


     Adakah anda selesa dengan gaya pemakaian anda? Adakah materialnya kukuh, tidak senang koyak jika berlaku apa-apa? Adakah pakaian anda menjadi tarikan kepada orang di sekeliling anda?
     Sebut pasal tarikan, saya percaya semua orang - lebih-lebih lagi wanita memang suka dipandang cantik.. maka cantik pula boleh dipecahkan kepada beberapa kategori. Cantik sopan, cantik seksi, cantik menawan dan sebagainya.
    Namun semuanya perlulah kena dengan tempat dan orang yang kita jumpa. Takkanlah nak pakai skirt pendek dan tumit tinggi jika berjalan di kawasan yang sunyi? Dah gila?
    Pakaian anda merupakan first-impression pemangsa terhadap anda. Dari situ anda akan dinilai sama ada anda ni easy target atau sebaliknya.
     Adakah seluar anda terlalu ketat untuk anda berlari mahupun memanjat jika anda dikejar anjing ? ( hah, itu baru anjing, belum yang lain lagi! ). Adakah seluar anda terlalu baggy? Adakah anda selesa untuk bergerak dengan saiz dan rekabentuk kasut anda? Adakah ianya terlalu ketat atau terlalu longgar hingga boleh tertanggal apabila berlari?

klik untuk
klik untuk tengok


***Perbandingan yang kejam : Lebih senang untuk merogol perempuan yang berskirt atau berkain berbanding perempuan yang memakai seluar. Fikir-fikirkan.

















Awek-awek, Gunakan kasut tumit tinggi anda dengan sebaiknya!




� APAKAH SENJATA ANDA?  


     Apakah yang anda bawa bersama atau apa apa yang anda pakai? Cincin Berlian, Cincin Batu, Pemetik api, Pen, Duit syiling, Sanggul, Cekak rambut ( yang keras tu ), Kasut But, kasut Tumit tajam, Jam Tangan ( lebih-lebih lagi yang seketul besar dan tahan lasak cthnya jam tangan G-shock ), Beg Tangan, Briefcase, Beg Laptop, Tali Pinggang.. mahupun tudung yang berasaskan selendang - Ini semua boleh dijadikan senjata.

     Dengan syarat, EQ dan IQ anda mestilah berfungsi dengan baik dan dengan teknik dan taktik yang betul terhadap sesuatu senjata itu berdasarkan keadaan tersebut kerana senjata yang paling berguna ketika berhadapan dengan situasi begini adalah AKAL DAN GERAK HATI. Jika tidak, diberi senapang AK47 pun, belum tentu anda dapat menewaskan musuh yang hanya menggunakan pisau cukur.


** tentang Senjata, Insyallah saya akan huraikannya dalam satu entri yang lebih mendalam. Sabo beb.

   AKAL ADALAH SENJATA YANG PALING MERBAHAYA. TANPA AKAL, SENJATA HANYALAH SATU OBJEK BIASA




-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
sekian sahaja entri OP ini. Berjumpa lagi dalam OP yang akan datang
next OP:
ASAS KESELAMATAN DAN PERTAHANAN DIRI
( BAB II : PENILAIAN & ZON KONFLIK 1)
AZMAN NAIM
44



AWALUL KALAM - PEMBUKAAN BLOG TERUS HIDUP


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG. SELAWAT DAN SALAM KEPADA JUNJUNGAN KU BAGINDA MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W

          Syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia rezeki , ilmu, hidayah dan lingunganNya, dapatlah saya menulis blog ini. Tidaklah keberatan mahupun keterlaluan untuk saya memulakannya dengan serangkap dua pantun ( kerana saya tak tau nak tulis apa.. hahaha )

Selawat dan Salam kepada Baginda Rasulullah,
Panglima segala Panglima, Khalifah segala Khalifah,
Izinkan Hamba bernukil dan bermadah
Berkongsi ilmu dan memohon Hidayah � Insyallah

Rela Ku rempuh Onak Dan Duri,
Asalkan dapat si bunga Melati
TERUS-HIDUP namanya diberi,
Moga esok lebih berarti.

JIka Tuan ingin mencari Ikan,
Izinkan Hamba Meminjamkan Joran,
Sejahtera Diri Wajib Pertahankan,
Ilmu dan Pengalaman dijadikan Ukuran

 Awan nan gelap berlalu lah sudah,
Tidak ku tahu kembalinya, Entah
Datang petaka, Insya Allah kan ku Redah
Membujur kan Lalu, Melintang kan Patah

          Blog ini bukanlah blog Gosip Artis dan Hiburan, Celoteh tabloid , Politik, mahupun Porno. BUKAN! Secara dasarnya TERUS-HIDUP adalah blog yang berkaitan dengan Langkah-langkah keselamatan diri 
mengikut situasi, Urban Survival, Survival Gadget Review dan yang berkatian dengannya. 

                Blog ini amat sesuai untuk semua orang Lelaki Perempuan Tua Muda Miskin Kaya - UMUM ( bak kata Finas ), Khususnya kepada mereka yang tiada asas pertahanan dan keselamatan diri. Anda tidak perlu ada Tali Pinggang Hitam berbakul mahupun pelbagai jenis senjata api untuk pertahankan diri anda. ( Jika ada, lagi bagus! Tahniah untuk anda! ) Anda perlu mempunyai sifat peka, ingin tahu dan bersedia terhadap segala kemungkinan, untuk permulaan.

Secara jujur, saya mengambil masa yang amat lama untuk menyiapkan blog ini kerana setiap post saya perlu membuat rujukan yang agak lama dan mendalam. ( kurang minat copy n paste ) Maka saya harap anda semua dapat memanafaatkan segala apa yang ada dalam blog ini. Saya amat memerlukan feedback dari anda semua kerana ilmu survival konflik amatlah luas dan senarionya amat subjektif dan berbeza-beza maka tidaklah dapat saya menulis segala-galanya di sini.

Ramai diantara rakan-rakan bertanya, mengapa saya menulis blog spisis ini. Saya jawab : � JIKA SAYA MENULIS, BIARLAH PENULISAN SAYA ITU DAPAT MENGUBAH HIDUP SESEORANG � Segala apa yang ditulis dalam blog ini adalah dari hasil pembelajaran secara formal dan tidak formal, dan dari pengalaman saya sendiri. Mungkin tidak ada �frequent post� atau setiap masa setiap waktu ada post. Kerana saya ulangi � blog ini bukanlah blog tabloid.

Sekadar beberapa contoh kes.
        Dewasa kini kita sering terdengar kes-kes jenayah yang membabitkan kekerasan seperti samun, ragut, rogol, bunuh dan sebagainya. Saya akui, Negara kita adalah Negara yang aman tetapi perlu ingat bahawa manusia adalah satu spisis yang sukar untuk diduga tabiatnya. Buka saja dada akhbar, mesti ada saja berita yang kurang menyenangkan kita. Apakah persediaan anda? Polis? Pihak Berkuasa? Benar, PDRM dan mana-mana agensi keselamatan yang lain amat berdedikasi melaksanakan tugasan mereka. Tetapi adakah kita perlu bergantung 100% pada mereka semata-mata? Maka apa gunanya diri kita sendiri? Bagaimana jika anda seorang diri , dikepung oleh 5 orang yang bersenjatakan parang yang ingin menyamun, merompak, merogol dan membunuh anda di satu sudut yang sulit dan terpencil? Masih nak mengharapkan Polis? Zaman sekarang, Segalanya boleh berlaku. Hujan mahupun Panas esok hari, kita sendiri tidak tahu.

-----* kesedaran adalah satu bentuk rahmat dan hidayah

Gaya Bahasa dan Penulisan - Saya terangkan terlebih dahulu bahawa saya bukanlah seorang yang pakar sangat pasal bahasa. Bahasa dan Tatabahasa saya memang tunggang langgang. Saya menggunakan Bahasa Melayu yang bertahap Bahasa Rojak dan Bahasa Pasar ( dan mungkin ada Bahasa Kesat, hahaha ), agar senang dan tidak bosan macam buku teks sekolah apabila dibaca, maka janganlah dipertikai tentang bahasa saya kerana saya sedar, bahasa dan budi bahasa saya teruk.. dan mengarut. Nak bahasa skema? Pergi baca buku sekolah! Nak bahasa sastera? Baca buku SN A . SAMAD SAID. Hihihih

BERIKUT ADALAH SENARAI RINGKASAN DAN KOD YANG MUNGKIN AKAN DISIARKAN DAN DIGUNAKAN OLEH PIHAK KAMI DI DALAM BLOG DAN FANPAGE.

O.P ( Official Post ) - Sesuatu entri/post yang dijadikan modul atau rujukan rasmi yang boleh digunakan dan dibincangkan secara ilmiah pada masa akan datang.

U.P ( Unofficial Post ) - Sesuatu entri/post yang bersifat bukan ilmiah dan rujukan. Ianya akan digunakan untuk memberitahu aktiviti kami sebagai penulis.

SEMBOYAN - Informasi penting semasa yang perlu diambil perhatian dan perlu disebarkan/direspon dengan cepat. Cth : Pengumuman Bencana, Perang, Jenayah, Kehilangan dll

FYI - Satu entri ringkas tentang sesuatu ulasan sesebuah berita mahupun info yang pelik, jarang didengar dan 'rare' namun penting.

TEST - Entri/post cubaan, lebih-lebih lagi jika kami sedang membuat ujian teknikal dan sedang merombakrawat Blog.


Amaran - Saya ingin mengingatkan dan memberi amaran kepada anda bahawa ada sesetengah tutorial dalam blog ini amat merbahaya dan ada sesetengah darinya boleh mencederakan, mencacatkan dan membunuh. Saya sebagai penulis tidak bertanggungjawab atas segala bentuk penyalahgunaan ilmu yang anda mungkin/telah/sedang lakukan. Setiap ilmu datangnya dengan amanah. Maka jagalah amanah ini sebaiknya.

Hakcipta � Saya sebagai penulis dan pemilik blog ini mengingatkan bahawa segala Hakcipta saya adalah terpelihara kerana penulisan saya adalah harta intelek saya. Saya membenarkan mana-mana post saya ini dikongsi, tanpa tuntutan royalty dari saya hanya di alam internet sahaja  ( blog, facebook, twitter, wordpress, myspace, dll ) tanpa dimanipulasi menjadi sesuatu yang boleh merosakkan mesej post, imej blog dan maruah diri saya. Jika ada hal berkaitan dengan percetakkan terhadap mana-mana post mahupun gambar secara komersial, maka perlulah diberitahu pada saya terlebih dahulu. Tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap sesiapa sahaja yang melanggar syarat-syarat itu. Siyes.

Akhirkata, saya berharap anda dapat memanafaatkan isi blog ini. Saya berusaha sedia upaya untuk memberikan yang terbaik untuk anda. Segala pertanyaan bolehlah anda ajukan kepada saya di FB Fanpage Terus Hidup, Email saya dan juga di inbox FB saya.

Sekian, Jutaan terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada anda kerana sudi bersama blog ini. Assalamualaikum w.b.t

PARANOID? TIDAK. AKU HANYA INGIN TERUS HIDUP

AZMAN NAIM
44


Wednesday 3 August 2011

DRAF SULIT (UNOFFICIAL POST)


Alhamdulillah, dalam masa beberapa jam, email dan inbox fb saya telah dihujani dengan macam-macam pertanyaan tentang blog ini. Respon amat memberansangkan. Tertanya anda semua mahu TERUS HIDUP! Ada yang bertanyakan tentang jenis pos yang akan saya paparkan dalam masa akan datang. Ada yang tak sabar untuk membaca post-post saya. TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN!

Untuk pengetahuan anda, saya ni baru saja berjinak-jinak dalam dunia Bloggers. Pada pendapat saya, saya bukanlah seorang blogger, tapi saya hanyalah seorang penulis biasa. Nak buat HTML blog ni pun terkial-kial. Buta IT betol! hahaha!!


Maka kali ini saya post terlebih dahulu satu draf/screenshot yang saya sedang siapkan untuk anda semua. Draf ini berkaitan dengan ' Asas Pertahanan dan Keselamatan Diri ' dan juga ' Pen sebagai Senjata '. Sekurang-kurangnya anda dapatlah bayangkan apa yang mungkin saya akan cecite dalam blog ni.

Ramai juga yang mengatakan blog saya ni nampak terlalu heavy dan serius. Oh jangan anggap begitu. Nampak je ganas. Sebenarnya saya suka anda semua santai, rileks tapi dalam masa yang sama sentiasa peka dan sentiasa mempunyai sikap ingin tahu. Dari sudut saya sebagai penulis, saya amat berusaha untuk membuatkan anda tidak berasa stress dan sentiasa hepi apabila membaca blog saya ( walaupun isu yang disentuh itu heavy! ).

Jika anda ada sebarang cerita, cadangan mahupun pertanyaan anda bolehlah menghubungi saya di fesbuk saya, FB fanpage Terus Hidup ( jangan lupa 'like' kami di sana ye? cantekkk ) dan email saya.

Saya chalo dulu. Nak siapkan beberapa perkara kejap. Eh! Saya belum makan lagi sejak berbuka. Patut le lapar semacam. Tadi minum air nescafe ais dan rokok srya sebatang aje. Nikmat! SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH DALAM BULAN RAMADHAN SEMUA! TERUS HIDUP!!
ASSALAMUALAIKUM!

AZMAN NAIM

44



Tuesday 2 August 2011

AMARAN! INI BUKAN BLOG CELOTEH! ( TEST )

( TEST )
AMAT MEMENATKAN DAN MEMAKAN MASA UNTUK MENULIS BLOG INI. ALHAMDULILLAH, IANYA SUDAH HAMPIR SAMPAI KE PENGHUJUNGNYA UNTUK FASA 1 YANG MENGANDUNGI 8 TAJUK BESAR YANG MANA SETIAP TAJUK MUNGKIN AKAN DIPECAHKAN KEPADA BEBERAPA BLOGPOST.

GAMBAR INI MENUNJUKKAN SESEORANG YANG MENGGUNAKAN SESUATU OBJEK YANG LAZIM DIGUNAKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN SEBAGAI OBJEK UNTUK PERTAHANAN DAN KESELAMATAN DIRI..

UNTUK LEBIH LANJUT, IKUTI BLOG INI PADA MASA AKAN DATANG



Monday 1 August 2011

CUBAAN, CUBAAN CUBAAN SATU DUA TIGA


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

BLOG INI MASIH DALAM PEMBIKINAN
DIHARAP ANDA BERSABAR

AZMANNAIM

44

segala pertanyaan boleh diajukan ke
www.facebook.com/azmannaim44
&
azmannaim44@gmail.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...