F

Pages

Tuesday 11 March 2014

MH370 : KESAN INSIDEN , MONOLOG RINGKAS



184Like ·  · Promote · 

Dulu bila Lahad Datu terjadi, banyak teropong haram memerhati aset darat dan udara kita, walaupun tak semua mereka dapat tau. At least mereka dapat tengok Jet kita beraksi (bukan beraksi macam hari Merdeka atau Lima ye. Tapi beraksi, membunuh)

Kini, bila berlaku sesuatu di Laut, mereka gunakan perang saraf agar rakyat Malaysia mendesak Gov utk guna Scorpene. Perlu ke? 

Saya nak tanya, adakah Scorpene Malaysia bersifat SAR? Atau tanpa kita sedar, ATM dah deploy beberapa jenis jentera yang lebih bersifat SAR dasar laut, yang jauh lebih sesuai untuk kerja-kerja SAR? Ada sebab-sebabnya. The right machine for the right situation.

Submarine Escape & Rescue Vessal MV Mega Bakti yang digunakan untuk SAR MH370
TLDM menggunakan Submarine Escape & Rescue Vessal MV Mega Bakti untuk SAR MH370



Scorpene tu SAD! bukan SAR! Sila fahamkan.

sedangkan Singapore yang dikatakan menghantar kapal selam tu bukanlah seperti kapal selam scorpene kita, Anda kaki Google? sila cari.



Kapal Laut tengah simpang siur, Lagi mau hantar Scorpene? Tahu tak betapa badinya negara luar tentang scorpene kita? Tahap Taboo. Jadi kalau boleh mereka nak tengok benda tu beraksi depan mata mereka. Menilai dr segi SOP gerakan dan komunikasi. Inilah peluang bagi mereka untuk melihat depan mata Scorpene tu.

Sedikit sebanyak mereka tahu kemampuan radar tentera kita, walau tidak tahu sepenuhnya. At least, lebih upgrade dari radar DCA. Anda akan faham melalui press conference yang lalu.

Ada orang kata, apa perlu risau tentang kerahsiaan aset? Kan kita buat semuanya dari luar juga.
Ya Benar. dari luar. jadi maklumat factory spec musuh boleh dapatkan oleh pengeluar. Tapi agak-agak adakah kita akan menggunakan sesuatu yang standard keluar kilang? Persenjataan, Radar dan lain-lain mungkin tak sama. Dan benda-benda itulah orang luar nak tahu. Intel.

Intel atau maklumat sulit ibarat Aurat.  Aurat.. Ibarat semua manusia ada alat kelamin, tp adakah atas sebab 'semua manusia ada alat kelamin yg sama dr segi biological, maka kita tak perlu rahsiakan dan kita dedahkan alat kelamin kita?

Begitu juga Aurat negara.

Semua orang ada Kapal Selam, namun adakah spec aftermarket modification ianya sama?
--------

Dalam masa yang sama, dekat laut dah macam2 jenis Navy luar dah ada. Navy luar yang pernah ada sejarah hitam antara satu sama lain. Orang kata dah macam LIMA & DSA. Orang kata la.

Apa kabar 10 satelit China? Apa kabar US Navy di Selat Melaka? Apa kabar incek FBI CIA dah makan ke belum? Mossad yang alibi jadi orang Iran dah sampai belum?

Makin kuatlah alibi mereka. Menangguk di air yang keruh.

Ya memang mereka membantu.. Tapi dalam masa yang sama.. Weh bila lagi diorg dapat peluang masuk Malaysia?

Siapa yang memahami suasana politik dunia sekarang mungkin akan memahami. Kes Laut China Selatan, Kes Panda, Cadangan penubuhan Briged Marine, kisah Russia dan Ukraine, Diplomatic antara Russia dan China. Kita mungkin terlupa dengan dasar JV2020 USA. Bila saya sebut begini, jangan kata saya menuduh sesiapa.

Kita harap mereka ikhlas membantu.

Note: ada pelbagai kerakyatan dalam flight tu. Cuba list kan.

Saya taknak bercakap tentang apa status MH370. Jangan speculate status mereka. Leave it to the pros. Biar yang 'ahli' membuat kerja mereka.

Saya bercakap tentang KESAN Insiden ini. This is me, thinking out loud. Ini Fb saya. Saya tak suruh anda percaya. Saya suruh anda fikir apa kesannya, jika anda mampu berfikir.

Adakah kita sedang 'dibogelkan' secara sistematik?

Boleh saya tanya anda, berapa jumlah anggota Tentera Asing yang berada di perairan kita sekarang ini? Pada waktu ini?

Saya bicara tentang Aurat Negara. Kesan Insiden MH370

Walau apapun, Saya berharap agar SAR berjalan lancar. Kembalikan mereka pada kami. Amin.



Posting Asal: Azman Naim FB


Tambahan rujukan:

10 Satelit China digerakkan


Kisah China dan US dekat Laut China Selatan


Kisah Ukraine dan Russia (sekarang)


Kisah China dan Russia tentang Ukraine.


China dan Negara Asean yg Lain


Penubuhan Briged Marine Malaysia akan dibantu USA?


Perisikan NSA Amerika terhadap Malaysia


Iran, antara tempat penempatan Yahudi luar Israel yg teresar di dunia


Sedikit sebanyak tentang JV2020 USA


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...