F

Pages

Monday 25 November 2013

NIKMAT SANTAPAN MINDA PAGI

Assalamualaikum dan Selamat pagi selasa semua.

Saya baru lepas menikmati sekeping roti pisang dan secawan nes panas di sebuah mamak. Duduknya saya di kerusi feveret saya, kini bertemankan kepulan asap kretek.

Menikmati Nikmat yang takda lah seberapa tapi ianya tetap nikmat.

Dalam hidup yang singkat dan sementara ini, kita mencari nikmat. Di mana saja, ada nikmat. Sehirup nafas itu juga nikmat.

Kita mungkin tidak mampu mengecapi segala nikmat di dunia. Tapi cukuplah jika menghargai nikmat yang ada, dan menikmatinya senikmat yang mungkin.

Sambil saya menikmati nikmat berfikir saya pagi ini, saya menulis sesuatu yang saya sendiri pun tak tahu. Sebenarnya otak saya sedang blank akibat beberapa hal. Maka penulisan saya adalah separuh sedar.

Ya. Saya spontan dan saya sedang menikmati spontan ini, selagi ianya melayang dan tak putus talinya.

Nikmatilah perkara-perkara yang kecil kerana mungkin esok kita tak sempat merasanya, kerana peluang nikmat itu telah tiada.

Hargailah setiap saat dengan nikmati hidup yang bermakna. Walaupun kita sendiri tidak tahu apa erti kehidupan yang sebenar.

Lakukan sesuatu sepenuh hati, kerana dengan sepenuh hati dan perasaan itulah kunci pembuka nikmat.

Dan bersyukur itu ibarat khatamnya sesebuah nikmat dengan kita letakkannya di satu darjat menghargai di tahap yang amat tinggi.

Bersyukurlah pada Yang Maha Pemberi Nikmat dan Rahmat. Cubalah beringat, walaupun kita selalu terlupa.

Jangan kita kufur nikmat.

Dan saya bersyukur atas Nikmat Santapan Minda saya awal pagi ini.

Eh. Apasal panjang sangat ni?

Hmm.. Mungkin itulah Nikmat
Mungkin sedikit dan kecil tapi bermakna.

Selawat dan Salam kepada Junjungan kita Nabi Muhammad, serta semua Ahli Keluarganya Muhammad.

Selamat Menikmati Kehidupan Anda hari ini.

Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...