F

Pages

Sunday 24 November 2013

MENGAPA SAYA MENULIS





Mengapa saya menulis? Apa yang saya harapkan dengan tulisan saya? Mengapa saya perlu publish tulisan saya?

Saya bukanlah seorang pemikir, atau seorang penulis mahupun sasterawan. Namun saya ada menulis dalam beberapa blog, secara senyap-senyap.

Saya teringin berkongsi apa yang pernah saya alami jalani pelajari. Moga ianya jadi pengajaran dan tauladan yang baik mahupun yang buruk, kepada para pembaca.

Satu hal lagi, Sebenarnya, otak saya ini perlu sesuatu untuk diproses. Selalu berfikir. Bangun tidur masuk tidur, tetap kena berfikir. Maka jika ada masa terluang, saya akan membaca dan berfikir.

Membaca. Adalah salah satu cari untuk mencari ilmu pengetahuan dan pengalaman. Hanyalah salah satu metod. Maka ianya bukan satu cara yang mutlak untuk mencari ilmu.

Jika saya cuba mengkaji untuk menulis sesuatu, saya akan gunakan semua medium yang ada.

Apakah benda yang selalu saya tulis dan kaji? Pelbagai.

Jangan pelik jika saya katakan saya pernah kaji secara tidak formal hal Dandanan untuk perempuan. Hahaha. Maka mata saya amat tajam tentang kesesuaian Mekap dan Pakaian pada seseorang wanita.

Saya pernah mengkaji tentang Airbrush sehingga saya berjaya bukak bisnes airbrushing semasa zaman baru habis STPM, sehingga saya masuk bidang bisnes Pembekalan dan perkhidmatan. Padahal sebelum itu saya lansung tak faham tentang mengecat dan airbrushing. Mungkin nasib baik saya memang boleh melukis. Tapi lebih pada itu saya tak tahu.

Saya pernah terlibat dalam aktiviti ekskavasi. Mencari tapak lama, kubu jepun dan kadang-kadang emas jepun. Hahaha. Nanti saya akan buat post lah pasal benda ni. Padahal pada satu masa tu saya hapa pun tak tahu pasal benda ni. Mungkin kerana saya memang secara azalinya memang minat tentang sejarah dan saya memang suka benda adventure ni.

Saya pernah dipanggil untuk menerangkan hal-hal berkaitan Black Metal, apa bila muzik Black Metal disalahertikan secara teruk kaw-kaw oleh media massa.

Pengalaman dalam kajian hal Murtad pun berharga juga. Hahaha.

Dan ada beberapa hal lain lagi yang saya belum sampai seru untuk kongsi.
Apakah yang membuatkan saya memahami benda-benda ni semua? Mengkaji, Membaca dan turun menjejaki untuk memahami.

Apa yang saya dapat dengan hobi dan  benda-benda saya buat ni? Wang? Ada lah sikit. Tapi cukup untuk beli rokok lah. Tak banyak. Sebab saya bukanlah blogger tegar.
Nak dapat nama? Hey mak bapak saya dah beri saya nama lah. Dan rakan-rakan juga dah beri gelaran. Hihihi.

Untuk popularity? Apa yang boleh saya dapat dengan popular? Saya bukan artis, saya bukan ahli politik.

Cuma saya suka kawan ramai dan saya suka input. Lagi ramai kawan, lagi banyak input kita ada. Kualiti input? Bergantung pada siapa kita kawan.

Worse come to worst, sekurang-kurangnya saya dapat ilmu.

Kerana secebis ilmu yang berguna kadang-kadang lebih berharga dari segunung emas.

Apa logiknya kata-kata begitu? Jika seseorang itu ada segunung emas, tapi saya pula memiliki ilmu untuk mendapatkan segunung emas itu. Maka secara nyatanya, ilmu saya adalah lebih berharga dari segunung emas itu. 

Kerana ilmu boleh diguna berulang kali. Emas kalau salah guna sekali je, habis terus!

Maka apa yang saya pelajari dan saya fahami, saya akan buat catatan ringkas. Bukan macam thesis. Tapi cukuplah untuk saya menerangkan secara dasar tentang sesuatu itu pada seseorang yang lain, yang newbies.

Secara tak lansung, jika saya nak menulis sesuatu, tapi saya tak tahu benda tu, maka saya kena kaji dan kaji. Dengan itu, otak saya tak delah lembab dan tepu.

Dalam satu sudut, saya ni pengamal seni muzik. Saya tak kata saya ni artis. Ada band ada lagu tp takdalah popular. Untuk suka-suka je. Untuk kepuasan sendiri. Dan banyak lagu dan muzik saya dag hasilkan. Semuanya berkisarkan tentang kehidupan. 
Kehidupan, itu adalah sesuatu yang meluas.

Manusia. Semuanya mencari satu zon yang selamat dan puas. Pada saya, dengan menulis dan mengkaji, ianya meletakkan diri saya terasa selamat kerana saya telah mengetahui sesuatu benda yang mungkin orang tak tahu. Dan saya terasa puas bila saya dapat zahirkan dalam seni penulisan saya.

Membuat sesuatu untuk kepuasan diri adalah amat berharga dari membuat sesuatu yang diniatkan untuk memuaskan hati orang lain.

Ada orang kata, saya suka tulis blog panjang-panjang berjela. Hahaha. Apakah relevan sebuah pengalaman penting itu ditulis dalam dua tiga kerat ayat sahaja?
Kalau macam tu, lebih baik saya membebel sikit pastu post kat facebook, lagi ramai kawan kat situ berbanding dalam dunia blog ni. Atau nak tulis lagi pendek, tulis dalam tweet. Hahaha.

Oleh kerana itu blog ini saya kurniakan nama Monolog Mantra. Fahami maksudnya.

Ingatlah. Menulis atau buat apa-apa mesti ada ikhlasnya. Tapi ikhlas ni ibarat semut hitam di atas batu hitam yang terletak dalam gua yang gelap, di waktu malam. Bab ini, anda sendiri yang tentukan dan biar Allah saja yang menilai.

Berbalik kepada motif untuk menulis. Dengan menulis dalam masa yang sama untuk menimba ilmu, kita akan melalui proses kajian terhadap sesuatu yang kita tulis. Secara tak lansung ianya menguntungkan diri kita.

Tak kiralah apa yang kita tulis dan apa yang kita buat, hidup mesti ada ilmu. Dan ilmu datang dalam pelbagai bentuk.
Kerana kehidupan ini adalah sebuah proses pembelajaran, hingga bila-bila. Dari keluar rahim hingga masuk kubur, hingga dalam kubur dan sampai tak tahulah ke mana hujungnya.

Kerana, ilmu Allah ini maha luas. Fahami pengertian Ayat Kursi.

Iqra! Bacalah. Bacalah sebelum menulis atau tuntutlah ilmu sebelum buat sesuatu. Pasti anda akan merasa kelainannnya.
Adoi. Macam panjang pulak saya membebel kali ini.

Terima kasihlah jika anda sudi baca. Takda hapa pun input untuk posting kali ini. Cuma membebel.

Saya sambung hal saya jap. Saya tengah lepak dengan Tuan Afzzal dan Mr Kenny, bincang benda yang pelik, sambil meneguk teh ais.

Wasalam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...