F

Pages

Monday 24 June 2013

BERARAK MENDUNG JEREBU




Sekali lagi, akibat perbuatan khianat manusia, bumi hangus dan manusia lain yang terima akibatnya.
Kita semua sedia maklum bahwa kebakaran hutan di Sumatra yang dilakukan oleh beberapa syarikat yang berpusat dari beberapa buah negara di Nusantara ini telah mencetuskan sebuah bencana yang boleh dikira sebagai dasyhat.
Aku menulis ini tatkala jerebu ini sedang beransur pulih dari kawasan aku, dan Perintah Darurat di daerah Ledang dan Muar, Johor telah pun ditarik balik oleh Perdana Menteri.
Jerebu hingga keluar Perintah Darurat -  mana tak dasyhat?
Kecoh dan merbahaya Jerebu kali ini. Boleh dikatakan Jerebu yang paling teruk dalam sejarah Asia Tenggara hingga menimbulkan ketegangan antara negara-negara berjiran yang terbabit.
Begitu juga kecohnya manusia. Ternyata rakyat Malaysia ni prihatin. Semua update tentang keadaan semasa melalui media sosial. Dan ianya sedikit sebanyak membantu orang ramai untuk memperoleh info tentang keadaan cuaca terkini di sesebuah tempat.
 Tapi ada juga yang poyo dan over. Ibarat dia sorang jelah tersedut jerebu 700 PSI. 
Hey, kawasan aku ( Johor Bahru/Pasir Gudang/Kulaijaya) walaupun lebih teruk dan lebih awal dilanda jerebu, takda pun kecoh. Ada setengah tempat yang belum apa-apa dah kecoh dah. Alahai kamon la. Ini semua Poyo.
Mula la time tu kata sakit tekak la, sakit mata la, semput la. Mula mintak majikan cuti atau shutdown operations.
Ada juga yang beri komen yang tahap bahlul, mengatakan sesebuah tempat tu jerebu teruk sebab Allah nak balas atas mungkarnya manusia ditempat itu. Ooo…. Gitu ke?
Jadi sekarang ni wilayah selatan semenanjung dah mula pulih dari jerebu (walaupun masih teruk) kerana angin bertiup ke arah utara pula. Berarak Mendung Jerebu ke kawasan lain dengam tahap yang amat merbahaya.Adakah ini disebabkan dosa, secara total?
Yang aku menyampah lagi satu adalah bab perokok ni. Aku pun hisap rokok juga tapi takda la poyo macam korang. Tak perlu nak cakap :-
” ni jerebu punya pasal aku batuk & semput,  susah hari-hari macam ni.. Susah nak buat keje. “
Haih? Yang kita isap rokok hari-hari tak semput & batuk pulak? Cuba kaji sendiri mana satu lebih kerap dan bahaya? Jerebu atau Asap rokok yang kita sedut hari-hari? 
Jadi ianya tidak perlu dijadikan alasan utama. Mind over matters. Alah bisa tegal biasa. Minum air banyak sikit. Pakai topeng, Teruskan hidup dan JANGAN POYO.
Yang aku kesian adalah budak-budak kecik. Anak aku dah berapa lama tak pergi outdoor. Tak dapat ajak dia bagi makan ikan kat tasik hutan bandar.
Biznes pun menurun. Lebih-lebih lagi yang membabitkan biznes makan open air dan outdoor seperti gerai, warung dan bazar. Samalah juga bagi mereka yang terbabit dalam bidang biznes sukan outdoor. Kesian peniaga kecil kita, orang kita. Dugaan. Sabar.
Orang yang tak niaga, yang makan gaji-tiap-bulan-cucuk-bank-konfom-ada-masyuk, yang duduk dalam ekon di ofis-ofis kompani besar dan jabatan-jabatan yang tersergam indah tu takkan faham segalanya dan takkan rasa realiti sebenar kaitan cuaca, bencana dan peniaga ni.
Kau takkan faham apa yang kau tak alami, sayang.
( ceh )
Harap bencana ini menjadi satu kayu ukur yang baru bagi agensi yang berkaitan dalam menangani bencana yang mungkin lebih teruk dari Jerebu ini. 
Ini baru Jerebu, belum lagi letupan  Nuklear (contohnya. Teringat dulu Malaysia ada ura-ura nak memajukan lagi bidang nuklear)
Perkara bencana seperti ini (lebih-lebih lagi ianya bermula faktor manusia) perlu kita rancang, kawal dan kuatkuasa dari awal. Rancang dari segi jalan perlaksanaan pendidikan, pencegahan dan penguatkuasaan serta semua jenis bentuk tindakan kecemasan.
Rancang. Ya. Walaupun kita cuma sikit-sikit boleh merancang namun Allah juga Maha Perancang dan Maha Menentukan, Namun harus ingat, Jika gagal merancang, anda merancang untuk gagal.
( If you Failed to plan, then you planned to Fail) 
Tindakan tegas perlu diambil oleh Kerajaan terhadap mana-mana individu dan syarikat tempatan yang terbabit memulakan bencana ini. No double standard, please. Babi tamak jangan bagi muka, jika benar mereka wujud.
Oleh kerana bangsat-bangsat ini punya pasal, satu Nusantara merana diancam bahaya. Jadi, Gov jangan lembik sangat. 
Aku setakat ini Alhamdulillah sihat cuma mata rasa bengkak dan sakit sikit serta badan terasa cepat panas dari biasa. Dah le aku ni memang jenis kurang minum air kosong. Haha. Ubah. Terpaksa ubah tabiat harian untuk survive.
Bini dan anak aku serta family aku yang lain dah mula batuk dan ada yang selsema. Kereta aku yang hitam naik kelabu. Malas aku cuci.
Lahanat punya manusia tamak, yang mulakan benda ni. Kau nak cut cost tapi orang lain kena bala. Kalau aku jumpa konfom aku tiaw dia cukup-cukup. Lanjiou butui.
Sori aku terulang bab tu. Geram tak habis.
Bersama kita usaha dan doa agar keadaan cuaca akan pulih seperti sedia kala secepat mungkin.
Akhir sekali disini aku nak ingatkan pada semua termasuk diri aku sendiri.:-
  • Minum air kosong lebih-lebih sikit.
  • Elakkan diri dari terkena air hujan (jika hujan sehari dua ni)
  • Pakai topeng (amat digalakkan)
  • Kurangkan aktiviti luar (bergantung kepada keadaan semasa)
  • Hidupkan lampu kenderaan korang.Keep calm & STFU
Wasalam , stay safe & stay alive.

azmannaim44

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...