F

Pages

Saturday 1 June 2013

Sabtu Datang Lagi - Hari Tanpa Beg Plastik ( WTF )



Saya baru sahaja balik dari membeli sesuatu untuk isteri saya di sebuah pam minyak berdekatan dengan rumah kami. Terlupa hari ni hari sabtu, hari tanpa beg plastik kononya, green earth kononnya, save the earth kononnya. Kononnya. sabar.

Saya beli 5 barangan yang tidak boleh dipegang atau dibawa dengan dua tangan sekali serentak. Perlukan bungkusan, atau lebih tepat, beg plastik. Setibanya saya di kaunter, cashier tu berkata " bang hari ni takda beg plastik tau ". okeh. dia cuma membuat tugas sptmana yang diarahkan oleh majikannya. Bayangkan jika saya membawa motor, atau basikal ataupun saya jalan kaki. bagaimana saya nak bawak semuanya dengan tangan saya yang cuma ada dua ni? dalam kes ini saya bawak kereta tadi.

" kalau nak beg plastik kena bayar dua puluh sen bang " katanya lagi. menurut arahan, seperti yang diarahkan. Jadi persoalannya kat sini, apakah motif sebenar Hari Tanpa Beg Plastik? bumi lebih hijau? atau bumi yang lebih menguntungkan untuk semua perniaga?

20sen bukanlah sesuatu yang mahal, lagpun 20sen apa yang kita boleh beli pada zaman ini? Tapi bayangkan betapa banyaknya untung syarikat2 ini, mereka dah save cost berapa banyak hari ini? sedangkan saya dan anda semua membeli produk mesti ada servisnya. dan bayangkan betapa untungnya company2 begini apa bila 10,000 costumer ( pada hari ini ) mengatakan " takpa, bagi saya beg plastik, saya beli " ( 10,000 x 0.20 = rm2000 ) wow, cukup untuk menggajikan seorang pekerja tahap diploma.

Di sini, siapa yang untung? dimanakah keikhlasan yang berwawasankan Green Earth kononnya? secara senyap, company2 besar ini mengaut untung, sedikit demi sedikit. jika benar mereka nak buat green earth, mereka perlu buat beg kertas. bukan kata 'beg plastik xda hari ini' tapi dgn niat tersembunyi adalah untuk menjual beg plastiknya yang sepatutnya diberi percuma kepada kita. sebab nilai yang kita beli itu adalah mungkin beratus kali ganda dari beg plastik itu. mengapa kita perlu bayar lebih lagi? mengapa mereka, yang telah untung menjual produk mereka pada kita, tidak boleh 'bersedekah' beg plastik yang ntah berapa harga asalnya itu ( mungkin 2sen ) tp dijual dgn harga 20 sen?

Nasihat saya kepada mereka2 yang membeli barang pada hari sabtu, terutama lagi mereka yang dah berkeluarga ( yang membeli barangan keperluan mingguan dgn kuantiti yang byk, means more plastic bag ), bawalah beg bungkusan anda sendiri. standby dalam kereta, motor dll. tak perlu beli beg kain yang tersedia ada di kaunter mereka itu. itu juga satu taktik mereka untuk meraih untung dalam tanpa kita sedar.

saya soal kepada semua yang bekerja dengan company2 ni : mereka dah cut cost setiap minggu dan meraih keuntungan dengan sesuatu yang sepatutnya diberikan sbg perkhidmatan percuma kepada pelanggan2 mereka, tapi tidak. jadi kemana untung company yang x sepatutnya itu? bonus utk pekerja dinaikkan? family day pekerja yang kaw2? nope. masuk poket tokey yang dah kaya makin kaya, mengeksploitasi keadaan dan keperluan asas tambahan pengguna.

Yang kaya makin kaya, Yang Sederhana Ikut buta sahaja, Yang miskin tak boleh nak buat apa. - masa untuk bertindak

Bumi Lebih Hijau? PTUIH~!



di meroyan oleh azmannaim44
di wall fb pada 10 december 2010

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...