F

Pages

Tuesday 26 November 2013

JELAJAH MINDA : HAVE YOU BEEN THROUGH WONDERFUL MIND


Awalulkalam, saya mohon jika entri kali ini agak mengarut.

Terkenang zaman tingkatan 1 dan 2 tatkala krisis identiti amat meruncing sekali ketika itu.

Maka saya, dalam setiap zaman dan keadaan ada lagu-lagunya untuk saya lebih dalam mengingati apa yang terjadi pada satu masa dulu.

Ada lagu-lagunya.

Pada waktu itu, saya selalu memikirkan tentang diri sendiri. Individualist. Dan Selfish. Rebel. Darah muda.

Namun saya ada sediakan ruang beberapa jam dalam satu hari dalam sebulan, tanpa ada orang lain tahu, saya akan cuba memahami tiap individu yang pernah saya kenal, jumpa, nampak atau pernah saya baca.

Saya cuba memahami apakah yang mereka fikir sehingga mereka itu adalah mereka. Apa yang mereka nampak?

Sehingga sekarang saya masih tidak memahami mengapa saya nampak apa yang saya nampak. Memahami apa yang saya sendiri faham.

Satu explorasi diri dalam diri saya buat pada waktu spesifik itu. Waktu lain adalah waktu untuk saya sahaja. Namun pada waktu spesifik itu, saya cuba memahami dan mengenal manusia dengan cuba mendalami akal mereka.

Ya. Nampak macam gila. Tapi itulah terapi saya. Anda takkan faham pada usia semuda saya sebegitu, apakah yang saya alami dan fahami.

Pada saya, ada diantara individu yang saya kenal mempunyai akal yang cantik dan aman.

Apa maksud saya? Ibarat akal yang tidak ada masalah yang dia tidak boleh hadapi dengan tenang. Dan betapa hebatnya akal mereka memikirkan sesuatu dengan senyum. Tahap akal mereka, amatlah cantik.

Apakah rahsia mereka. Sudah pasti saya tidak dapat tahu.

Maka saya secara zahirnya akan terbaring dan merenung ke siling, sambil mendengar beberapa lagu. Membebaskan akal saya (bukan roh) untuk menyelinap masuk ke dalam akal orang-orang yang tertentu untuk menikmati nikmat akal mereka.
Lagi rapat dan lagi banyak yang saya tahu tentang seseorang, lagi senang saya ke akalnya. Membayangi apa dalam akalnya.
Kerana akal yang kuat dan cantik kadangkala melahirkan perasaan yang indah. Ianya bukan sesuatu yang saya milik, maka saya curi dan menyelinap ke akal mereka.

Saya akan pilih beberapa orang, termasuk seorang yang lansung saya tak kenal. Dan amat asing pada saya. Saya akan cari beberapa maklumat pentingnya secara diam-diam. Ada list of vital info yang perlu saya tahu tentang mereka. Maaf saya tak perlu bagi tahu.

Seeloknya saya cuba jalan bersebelahan dengan dia, tanpa dia sedar.
Kemudian Tarik nafas, udara yang mungkin dia sedang hembus ketika bernafas... dan saya cuba ingat segalanya.
Nanti bila nak guna semula.. 

Saya baring tengok siling, on walkman, pejam mata tarik nafas secara perlahan tapi dalam..
Sambil mengingat semula apa yang saya tahu tentang seseorang itu.

Maka saya cuba jadi matanya, dalam bayangan saya itu.

Ramai orang tak faham betapa indahnya akal dan kehidupan mereka.

Namun selepas zaman sekolah, amat jarang saya buat benda ni.

Adakah ianya telepathy? Atau kuasa minda separuh sedar? Atau saya menghipnosis diri saya sendiri kemudian memanipulasi apa yang saya faham tentang seseorang itu?
Saya tak tahu.

Namun ada yang kata jika salah buat boleh gila. Entah.

Tiada ayat atau jampi mentera atau ritual pelik2 yang digunakan dalam hal ini. Begitu juga penggunaan dadah, alkohol atau bahan ubat atau makanan yang haram dan merbahayakan. Pun takda.

Orang teguk arak dan sedut benda ni semuanya Fakers. Serabai. Tak ori punya thrill.

Bab ekplorasi ni, Pernah dengar ayat orang putih:
'Walk in their shoe'
Pernah kan?

Cuma saya nak beritahu, lagu berikutlah antara dalam playlist saya bila buat benda tu.

Dengar dan fahami lagunya..

BUTTERFINGERS FACULTIES OF THE MIND



It's gonna be a fifty-fifty treatment
You'd be in and never outdoor
You'd be king long lost forgotten
It's gonna take a while I once remembered
There were lies I used to tell her
Hidden secrets make it rotten
On and on the days go on
And on and on for what I made wrong
Fall this time the times are useless
Have you been through wonderful minds?
Shout out loud the ants are coming
There's a thought that ever was
Once again and not forever
On and on the days go on
And on and on for what I made wrong
Fall this time the times are useless
Have you been through wonderful minds!
All the things you do you would do know
All the things you said you would say now
All the dreams come true in the meanlum
Have you been through wonderful minds?
Have you been through wonderful minds!
All the things you said you would say now
All the things you do you would do know
All the dreams come true in the meanlum
Have you been through wonderful
All the things you do you would do know
All the things you said you would say now
All the dreams come true in the meantime
Have you been through wonderful
All the things you said you would say now
All the things you like you would like
All the dreams come true in the meantime
Have you been through wonderful minds?
It's gonna be a fifty-fifty treatment
You'd be in and never outdoor
You'd be king long lost forgotten
On and on the days go on
And on and on for what I made wrong
Fall this time the times are useless
Have you been through wonderful minds?

Monday 25 November 2013

NIKMAT SANTAPAN MINDA PAGI

Assalamualaikum dan Selamat pagi selasa semua.

Saya baru lepas menikmati sekeping roti pisang dan secawan nes panas di sebuah mamak. Duduknya saya di kerusi feveret saya, kini bertemankan kepulan asap kretek.

Menikmati Nikmat yang takda lah seberapa tapi ianya tetap nikmat.

Dalam hidup yang singkat dan sementara ini, kita mencari nikmat. Di mana saja, ada nikmat. Sehirup nafas itu juga nikmat.

Kita mungkin tidak mampu mengecapi segala nikmat di dunia. Tapi cukuplah jika menghargai nikmat yang ada, dan menikmatinya senikmat yang mungkin.

Sambil saya menikmati nikmat berfikir saya pagi ini, saya menulis sesuatu yang saya sendiri pun tak tahu. Sebenarnya otak saya sedang blank akibat beberapa hal. Maka penulisan saya adalah separuh sedar.

Ya. Saya spontan dan saya sedang menikmati spontan ini, selagi ianya melayang dan tak putus talinya.

Nikmatilah perkara-perkara yang kecil kerana mungkin esok kita tak sempat merasanya, kerana peluang nikmat itu telah tiada.

Hargailah setiap saat dengan nikmati hidup yang bermakna. Walaupun kita sendiri tidak tahu apa erti kehidupan yang sebenar.

Lakukan sesuatu sepenuh hati, kerana dengan sepenuh hati dan perasaan itulah kunci pembuka nikmat.

Dan bersyukur itu ibarat khatamnya sesebuah nikmat dengan kita letakkannya di satu darjat menghargai di tahap yang amat tinggi.

Bersyukurlah pada Yang Maha Pemberi Nikmat dan Rahmat. Cubalah beringat, walaupun kita selalu terlupa.

Jangan kita kufur nikmat.

Dan saya bersyukur atas Nikmat Santapan Minda saya awal pagi ini.

Eh. Apasal panjang sangat ni?

Hmm.. Mungkin itulah Nikmat
Mungkin sedikit dan kecil tapi bermakna.

Selawat dan Salam kepada Junjungan kita Nabi Muhammad, serta semua Ahli Keluarganya Muhammad.

Selamat Menikmati Kehidupan Anda hari ini.

Assalamualaikum

SEDETIK LEBIH JACLYN VICTOR


Sedetik lebih.

Kalau Anuar Zain nyanyi (ori version) pun memang dah sedap. Lirik dan muzik yang terbaik.

Tapi bila Jac perform live dgn feel, rearranged, strings dan choir.. Lagi Terbaik. The best of Jac.

Jangan pelik lagu ni ada dalam mp3 player henpon saya. Kalau buat cover acoustic pun best jugak kan?

Sesuai sangat untuk soundtrack Merong Mahawangsa

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Sunday 24 November 2013

XCHANGE FOR XPERIA Z ( Leather Flipcover )



Assalamualaikum

Pada Ahad 25 Nov 2013 saya dan keluarga termasuk 2 adik ipar saya pergi ke IOI Mall Bandarputra. Hanya 5 minit dari kediaman kami.

Dah kejung tak tau nak ke mana untuk layan anak saya yang umur hampir 2 tahun, kami pergi ke situ. Kat sana ada Carousel Kuda. Dia suka naik benda tu.
Semasa saya nak ke kedai buku tingkat atas, saya terlintas di booth Sony, kedai yang sama saya beli Xperia Z haritu. Budak-budak kedai tu semua memang friendly dengan saya.

Mata saya mula mencari housing atau flipcase untuk XZ saya. Maklumlah, aksesori henpon Sony tak banyak pilihan. Limited Choices. Tak seperti Samsung atau Iphone yang macam-macam adaaaa.

Kalau ada pun barang Sony, ada yang tak berkenan dari mata. Padahal benda tu cantik. Tapi bab benda-benda ni saya cerewet sikit. Yelah! Duit keluar, takkanlah main sebarang je beli.

Harga barang aksesori henpon Sony pula memang selalunya lebih mahal rabak dari aksesori brand yg lain. Sebab design dan production yang limited.

Maka saya terpandang satu flip cover yang amat saya berkenan pada mata. 


Xchange for Xperia Z. Kualiti materialnya, rasa surfacenya amat saya suka. Macam ala-ala Black Titanium. Material? Semi Leather, Gloss.


Saya pun tanpa berlengah terus beli. Sebab warna hitam hanya tinggal satu. Adoi.


Mungkin saya takkan pakai benda ni sepanjang waktu kerana pada saya, ianya nampak ala exclusive. Mungkin kalau ada dinnet atau appointment penting boleh la. Baru ngam pakai dengan Leather Coat.

Kalau hari biasa, saya akan guna flipcase lagi satu jenis matte hitam atau rubber cover yg hitam tu. Sebab saya selalu berhadapan dengan tugasan lasak, tanpa amaran tanpa kira waktu. Standby jelah.

Saya cuba cari info yang lebih tentang brand ni tapi belum jumpa. Namun dari segi design, material dan function, saya amat puas hati.

 
Cuma sayangnya flipcase ni kalau pakai, slot untuk SD card XZ ini tertutup. Maksudnya kalau nak keluarkan SDcard, kena bukak atau tanggalkan flipcase ni dari henpon.


Dari segi function lain seperti flash, camera, speaker dan charging tak di ganggu flipcase ni. Ini ada faktor yang penting bila nak beli flipcase. Jangan sampai komponen atau feature henpon kita terbatas atau diganggu oleh flipcase tu. 

Cthnya, kamera terhalang sikit atau biasan flash kerana dimensi atau ukuran lubang flash dan kamera tak ngam dengan kedudukannya yang sebenar, mengikut ukuran sebenar henpon yang kita guna.

Inilah perangai saya. Saya tak terikat dengan brand. Murah atau Mahal, tapi jika ianya memuaskan hati saya, saya akan beli.

Jangan beli barang sebab Brand. Mahal atau Branded macamana pun barang itu, jika ianya mass production- mesti dari China atau Taiwan juga. Yang penting adalah kualiti dan underlicensed atau tak (jika ianya dari brand yg ternama).

Jangan jadi hamba Brand!

Xchange London ni nama jarang didengar dan pada saya memang agak mahal sikit. Tapi berbaloi beb.

Kelebihan  flipcover macam ni kadang-kadang amat membantu saya semasa membuat kerja-kerja tertentu.

Dengan gabungan Flipcover ini dan apps Camera JB+, saya boleh ambil gambar dengan gunakan external volume button ditepi henpon dalam keadaan skrin itu ditutup rapi oleh flipcase.

Hayun-hayun sikit, cover sikit, maka takda orang perasan saya curi ambil gambar sesuatu atau seseorang. Hihihi.

Tak sangka. Ini adalah antara product review terawal saya dalam blog ni. Haha.

Mungkin kalau ada masa saya cuba review tentang phone pouch yang saya guna dan apakah relevancy kepenggunaanya.

Thanx 4 reading Bros & GFs! 

Assalamualaikum!

'

MENGAPA SAYA MENULIS





Mengapa saya menulis? Apa yang saya harapkan dengan tulisan saya? Mengapa saya perlu publish tulisan saya?

Saya bukanlah seorang pemikir, atau seorang penulis mahupun sasterawan. Namun saya ada menulis dalam beberapa blog, secara senyap-senyap.

Saya teringin berkongsi apa yang pernah saya alami jalani pelajari. Moga ianya jadi pengajaran dan tauladan yang baik mahupun yang buruk, kepada para pembaca.

Satu hal lagi, Sebenarnya, otak saya ini perlu sesuatu untuk diproses. Selalu berfikir. Bangun tidur masuk tidur, tetap kena berfikir. Maka jika ada masa terluang, saya akan membaca dan berfikir.

Membaca. Adalah salah satu cari untuk mencari ilmu pengetahuan dan pengalaman. Hanyalah salah satu metod. Maka ianya bukan satu cara yang mutlak untuk mencari ilmu.

Jika saya cuba mengkaji untuk menulis sesuatu, saya akan gunakan semua medium yang ada.

Apakah benda yang selalu saya tulis dan kaji? Pelbagai.

Jangan pelik jika saya katakan saya pernah kaji secara tidak formal hal Dandanan untuk perempuan. Hahaha. Maka mata saya amat tajam tentang kesesuaian Mekap dan Pakaian pada seseorang wanita.

Saya pernah mengkaji tentang Airbrush sehingga saya berjaya bukak bisnes airbrushing semasa zaman baru habis STPM, sehingga saya masuk bidang bisnes Pembekalan dan perkhidmatan. Padahal sebelum itu saya lansung tak faham tentang mengecat dan airbrushing. Mungkin nasib baik saya memang boleh melukis. Tapi lebih pada itu saya tak tahu.

Saya pernah terlibat dalam aktiviti ekskavasi. Mencari tapak lama, kubu jepun dan kadang-kadang emas jepun. Hahaha. Nanti saya akan buat post lah pasal benda ni. Padahal pada satu masa tu saya hapa pun tak tahu pasal benda ni. Mungkin kerana saya memang secara azalinya memang minat tentang sejarah dan saya memang suka benda adventure ni.

Saya pernah dipanggil untuk menerangkan hal-hal berkaitan Black Metal, apa bila muzik Black Metal disalahertikan secara teruk kaw-kaw oleh media massa.

Pengalaman dalam kajian hal Murtad pun berharga juga. Hahaha.

Dan ada beberapa hal lain lagi yang saya belum sampai seru untuk kongsi.
Apakah yang membuatkan saya memahami benda-benda ni semua? Mengkaji, Membaca dan turun menjejaki untuk memahami.

Apa yang saya dapat dengan hobi dan  benda-benda saya buat ni? Wang? Ada lah sikit. Tapi cukup untuk beli rokok lah. Tak banyak. Sebab saya bukanlah blogger tegar.
Nak dapat nama? Hey mak bapak saya dah beri saya nama lah. Dan rakan-rakan juga dah beri gelaran. Hihihi.

Untuk popularity? Apa yang boleh saya dapat dengan popular? Saya bukan artis, saya bukan ahli politik.

Cuma saya suka kawan ramai dan saya suka input. Lagi ramai kawan, lagi banyak input kita ada. Kualiti input? Bergantung pada siapa kita kawan.

Worse come to worst, sekurang-kurangnya saya dapat ilmu.

Kerana secebis ilmu yang berguna kadang-kadang lebih berharga dari segunung emas.

Apa logiknya kata-kata begitu? Jika seseorang itu ada segunung emas, tapi saya pula memiliki ilmu untuk mendapatkan segunung emas itu. Maka secara nyatanya, ilmu saya adalah lebih berharga dari segunung emas itu. 

Kerana ilmu boleh diguna berulang kali. Emas kalau salah guna sekali je, habis terus!

Maka apa yang saya pelajari dan saya fahami, saya akan buat catatan ringkas. Bukan macam thesis. Tapi cukuplah untuk saya menerangkan secara dasar tentang sesuatu itu pada seseorang yang lain, yang newbies.

Secara tak lansung, jika saya nak menulis sesuatu, tapi saya tak tahu benda tu, maka saya kena kaji dan kaji. Dengan itu, otak saya tak delah lembab dan tepu.

Dalam satu sudut, saya ni pengamal seni muzik. Saya tak kata saya ni artis. Ada band ada lagu tp takdalah popular. Untuk suka-suka je. Untuk kepuasan sendiri. Dan banyak lagu dan muzik saya dag hasilkan. Semuanya berkisarkan tentang kehidupan. 
Kehidupan, itu adalah sesuatu yang meluas.

Manusia. Semuanya mencari satu zon yang selamat dan puas. Pada saya, dengan menulis dan mengkaji, ianya meletakkan diri saya terasa selamat kerana saya telah mengetahui sesuatu benda yang mungkin orang tak tahu. Dan saya terasa puas bila saya dapat zahirkan dalam seni penulisan saya.

Membuat sesuatu untuk kepuasan diri adalah amat berharga dari membuat sesuatu yang diniatkan untuk memuaskan hati orang lain.

Ada orang kata, saya suka tulis blog panjang-panjang berjela. Hahaha. Apakah relevan sebuah pengalaman penting itu ditulis dalam dua tiga kerat ayat sahaja?
Kalau macam tu, lebih baik saya membebel sikit pastu post kat facebook, lagi ramai kawan kat situ berbanding dalam dunia blog ni. Atau nak tulis lagi pendek, tulis dalam tweet. Hahaha.

Oleh kerana itu blog ini saya kurniakan nama Monolog Mantra. Fahami maksudnya.

Ingatlah. Menulis atau buat apa-apa mesti ada ikhlasnya. Tapi ikhlas ni ibarat semut hitam di atas batu hitam yang terletak dalam gua yang gelap, di waktu malam. Bab ini, anda sendiri yang tentukan dan biar Allah saja yang menilai.

Berbalik kepada motif untuk menulis. Dengan menulis dalam masa yang sama untuk menimba ilmu, kita akan melalui proses kajian terhadap sesuatu yang kita tulis. Secara tak lansung ianya menguntungkan diri kita.

Tak kiralah apa yang kita tulis dan apa yang kita buat, hidup mesti ada ilmu. Dan ilmu datang dalam pelbagai bentuk.
Kerana kehidupan ini adalah sebuah proses pembelajaran, hingga bila-bila. Dari keluar rahim hingga masuk kubur, hingga dalam kubur dan sampai tak tahulah ke mana hujungnya.

Kerana, ilmu Allah ini maha luas. Fahami pengertian Ayat Kursi.

Iqra! Bacalah. Bacalah sebelum menulis atau tuntutlah ilmu sebelum buat sesuatu. Pasti anda akan merasa kelainannnya.
Adoi. Macam panjang pulak saya membebel kali ini.

Terima kasihlah jika anda sudi baca. Takda hapa pun input untuk posting kali ini. Cuma membebel.

Saya sambung hal saya jap. Saya tengah lepak dengan Tuan Afzzal dan Mr Kenny, bincang benda yang pelik, sambil meneguk teh ais.

Wasalam.

Saturday 23 November 2013

RISIKAN DAN SEPAI. Belum siap

RISIKAN DAN SEPAI. Belum siap

Dari semalam mencari bahan untuk di tulis. 3 tajuk dah di short list. Tetiba muncul lagi satu tajuk.
Sepai? Memang bersepai jari nak menulis.
Masih dalam draft. Bahan dah sedia ada cuma perlu kena susun semula.
Harap bersabar menanti karutan saya seterusnya.
Dalam masa yang sama, saya juga sibuk balas email respon berkenaan artikel saya yang sebelumnya ni.
Maka pada yang belum baca habis boleh lah klik link tu sementara nak menunggu artikel baru saya ni siap.
Terima kasih atas sokongan anda semua.
Sambil layan teh ais, mari sambung menulis..

Thursday 21 November 2013

URBAN LEGEND VILLA NABILA JOHOR BAHRU

Setelah beberapa hati baru saya siap artikel ini.

Apa yang saya tulis berkenaan dengan Villa itu?

- Sejarah Saya dan Tempat Itu
- Mengapa Saya Ke Sana
- Lokasi dan Sejarah
- Pengalaman dan Kenangan diri sendiri
- Para Penghuni tempat itu
- Bahaya atau Tidak tempat itu.

Dan lain-lain perkara.

Saya meletakkan link artikel itu di sini adalah kerana ianya masih ada berkaitan dengan Kewaspadaan dan Keselamatan Diri.

Jika anda benar ingin tahu apa yang saya lalui. Silakan baca.

MONOLOG MANTRA : BUDAK HILANG DI VILLA NABILA : SATU MONOLOG KENANGANKU

Wednesday 20 November 2013

BUDAK HILANG DI VILLA NABILA - Satu Monolog Kenanganku

BUDAK HILANG DI VILLA NABILA 
Satu Monolog


Suram

Ini satu monolog panjang. Kalau nak faham sila baca semua.

Saya faham. Cerita ni hampir basi. Tapi oleh kerana saya sibuk sikit kebelakangan ni, saya tak sempat nak menulis. Saya cuba lah tulis kasi habis.

Pada 16 hb Nov 2013 Johor Bahru gempar dengan kes beberapa orang anak muda yang hilang dan kerasukan setelah memasuki sebuah kawasan yang selalunya disebut Villa Nabilla.

Ada dengar kes ni?

Pada 18/11/2013 1900h setelah saya selesai tugasan, saya bergerak ke lokasi menaiki rakan media yang memungut saya di kem JMF depan Kotaraya.

Kami pergi kesana atas tugasan rasmi media untuk membuat liputan tentang keadaan terbaru di lokasi, pada waktu itu. Kami bukan pergi suka-suka nak tengok rumah usang tu. Buat penat je kalau macam tu.

Saya tak ingin mengulas apa sejarah lokasi yang dianggap tahap Urban Legend dan apa sebenarnya yang terjadi di sana berkaitan kes budak hilang haritu secara detail. Tapi boleh la sikit-sikit, melalui pengalaman, kefahaman dan sumber orang lama.

Saya malas nak cerita kerana terlalu banyak versi. Selagi saya belum jumpa dokumen siasatan atau apa-apa bukti sah berekod berkaitan kes pembunuhan budak bernama Nabila tu, saya takkan memberi kenyataan kepada anda untuk anda mempercayainya bahawa kes itu benar berlaku. Cukuplah sekadar apa yang saya percaya.

Rumah A atau Christine Villa, cukuplah saya katakan rumah itu telah ditinggalkan lama, kalau dari mata saya, ianya dah lebih 30 tahun. Milik keluarga ahli perniagaan yang kini dikatakan berada di Australia, mengikut sumber orang ramai. Ianya mungkin dibuat untuk menjadi sebuah resort dalam bandar atau clubhouse dan penthouse (atas faktor seni arkiteknya) yang menghadap keindahan pantai Lido (pada zaman tu Lido bersih. Tak kotor macam sekarang). Dipanggil Rumah A kerana bentuk bumbung 3 menaranya yang seakan-akan bentuk huruf A

Adakah rumah A dan Villa Nabila itu rumah yang sama? Jawapan pada saya adalah tidak kerana walaupun ianya dalam satu strip tanah yang berdekatan tapi ianya berbeza dari segi zaman, rekabentuk, pintu masuk dan kes/cerita yang berlaku di situ. Namun boleh pergi ke Villa Nabila melalui pagar utama. Rumah A tepi laut. Tapi amat mudah ke Villa Nabila jika mengikut jalan belakang yang menghadap kawasan Istana. Tapi kiri kanan jalan tu ada rumah orang.

Cukuplah saya katakan Rumah A atau Christine Villa dan Villa Nabila itu terletak dua lot dari rumah kediaman rasmi bapa saya semasa dia bertugas dulu. Bersebelahan dengan rumah kelab JCS yang sering saya kunjungi masa kecik dulu. Maka mungkin anda akan faham sikit bagaimana saya faham tentang tempat itu, sedikit sebanyak.

Mungkin ada kenyataan saya dalam penulisan ini agak kabur dan tergantung.  Ianya kerana saya memberi ruang anda berfikir. Jadi, buka kotak akal dan mata hati anda seluasnya.

Jika anda mengenali saya dari dulu, anda akan faham betapa sukanya saya buat bermacam-macam aktiviti. Memang tak reti dok diam. Maka anda akan faham apa yang pernah saya lalui. Termasuklah benda-benda bodoh dan tak berfaedah.

Lebih sepuluh kali saya naik turun kawasan tu. Masa zaman rempit (walaupun saya takda motor, tp jd marshall mingguan haha) jika ada roadblock di jalan Lido, kami akan lari sembunyi motor ke dalam kawasan rumah itu.

Pernah saya mengikuti program yang memerlukan saya masuk dari pintu gate bawah ke bangunan yang kami 'menara 3' di atas bukit berseorangan pada pukul 3 pagi. Kenangan pahit. Malas nak cerita.
Teringat pada satu subuh semasa kami memanjat bukit tu, terdengar suara jeritan pakcik yang jaga rumah JCS sebelah. 
" WOIII KORANG NAK KEMANA TU??? "

Banyak kenangan saya bersama rakan-rakan di rumah itu. Termasuklah kenangan saya bersama arwah Yazid, sahabat saya yang meninggal akibat kanser beberapa bulan lepas. Syok masuk dengan dia dalam tu. Ketawa je memanjang. Berani dalam takut.



SAYA SERAM #1


Sekitar tahun 2005

Ada sekali masa kami masuk berempat (Saya, Hakim, Akmal, Arwah Ajib) terjadi suatu yang memeranjatkan dan menyeramkan.

Setibanya kami ke tingkat 2 menara 1 sambil menikmati pemandangan laut Lido, terdengar bunyi tapak kaki jalan turun dari tingkat 3.

" Dub Dub Dub "

Semua muka dah seriau. Inilah first time kami mengalami 'physical contact' sehebat begini sehingga bergegar hampir keseluruhan Menara 1. Dah le tempat tu uzur nak roboh! Bunyi tapak kaki itu kedengaran semakin menghampiri kami dalam gelap.

Saya dan rakan-rakan telah bersedia untuk lompat ke bawah mengikut beranda tingkat 2, terus masuk ke swimming pool lama bawah tu, jika ada perkara yang merbahaya berlaku. Ini bukan sebarang entiti. Selalunya kami cuma nampak kelibat dan suara entiti sahaja - Terbang dan Mengilai. Tapi kali ni, physical contact. Baca Ayat Kursi pun tak jalan.

Bunyi itu semakin hampir kepada kami, turun melalui tangga yang usang di bangunan yang telah ditinggalkan lebih dari 50 tahun. Mata kami tercegat menumpukan penglihatan ke arah tangga tersebut.

Kaki, Gelap, Besar, dan Berbulu. Terhenti ianya melangkah turun dari tangga. Ibarat dia nak tayang sikit-sikit. Saya terus mengeluarkan pisau lipat saya. Kami memerhati dalam gelap. Nak bukak torchlight awal-awal takut benda tu terus lari sebelum kami dapat melihat wajah dan fizikal sepenuhnya.

Kaki itu tadi meneruskan langkah dia turun dari tangga untuk menghampiri kami. Kami dah sedia, sedia untuk menikam atai terus lompat kebawah

" Dub Dub Dub "

Terdengar ianya berkata, dari gelap dengan suara yang besar dan garau.

" BUAT APA SINI?  "

Kami terdiam... Dia bersuara lagi:

" Ada Ganja tak?"

Saya terus membuka torchlight dan menyuluh ke arahnya.

Rupanya suara itu milik seorang penghuni kat situ. Berbangsa india, badan sihat. Rambut dreadlock. Dia ni macam tak betul sikit. Tapi ok. Ada gian sikit kot, kalau tengok caranya. Biliknya di tingkat atas.

Selepas menyapa kami, dia turun kebawah ambik kayu-kayu kemudian naik ke atas semula. Hidung kami terhidu bau hangit. Dia bakar kayu buat unggun api kecik kot?

Lupa tanya nama dia.

Kali akhir saya nampak dia ni mungkin dalam 2-3 tahun lepas. Dia sedang berjalan di tepi pantai lido sambil tak pakai baju.




SAYA SERAM #2

Sekitar tahun 2002. Malam Minggu.

Saya ada kawan non muslim dari Sabah. Dia tinggal di area bandar senai ketika baru datang ke Semenanjung. Best orangnya. Waktu itu dia bekerja di KFC Senai.

Pada satu petang, dia telah menelefon saya dan mengajak saya pergi ke Rumah A selepas maghrib naik motor skuternya.

Ketika dia sampai di rumah saya, dia bawak beg askar yang besar.

" Apa hal kau bawak beg sebesar-besar tidak ni? " Saya tanya.

" Gagak bro. Kau tolong pegang beg ni. " Dia jawab.

" Ko nak buat hapa gagak ni? Berat beg ni. Brapa ekor? " Saya tanya lagi.

" Kita BBQ kat rumah nabila, kita ikut rumah A. Motor boleh parking situ. Kita jalan. Ada 15 je"
Dia jawab dengan selamber badak je.

Start Skuter, kami bergerak. Pada ketika itu saya rasa saya tahu apa niat dia. Saya pun malas nak tanya banyak.

Kami sampai di lokasi pada pukul 11. Parking skuter di 'pondok guard' di sebelah kiri jalan masuk kawasan rumah tu, betul-betul selepas pintu pagar utama.

Tetiba saya ada terdengar bunyi benda jatuh dalam kolam renang lama yang sebelah kiri kami. Terkejut juga. Masuk-masuk terus ada bunyi. Tapi mungkin ianya ranting kayu. Malas nak fikir bukan-bukan.

Kami keluar dari kawasan itu meninggalkan motor dan jalan kaki ke seberang jalan besar untuk pekena steamboat dan air panas di lori steamboat dekat tepi pantai lido.

" Kenapa tak masuk sekarang?" tanya saya

"Rilek bro. Masa belum Time" Dia jawab.

Apajadah punya bahasa dia cakap pun saya tak tahu lah. " Masa Belum Time."

Kami berborak lama di meja steamboat tu. Cerita tentang macam-macam, kecuali cerita apa yang kami akan buat pada malam ini. Air sampai dua round. Manusia silih berganti dok makan kat situ. Maklumlah malam minggu. Macam-macam jenis manusia keluar. Cuci mata. Pelbagai aneka awek ada.
Kami je yang tak berganjak. Sambil-sambil tu rakan saya asyik tengok pintu pagar Rumah A tu, khuatir skuternya kat dalam tu dikebas orang.

Jalan Lido makin lengang, yang ada pun sekumpulan budak2 kereta tapi mereka berkumpul jauh sikit dalam 100 meter dari kami. Test mesen masing-masing. Lori steamboat ni pun dah start kemas barang untuk balik. 

Kami tengok jam, dah pukul 2:30am.

" kita gerak dalam. Beg biar aku bawak" kata kawan saya.

Perjalanan kami dari pintu gerbang disambut bau wangi pokok kemboja kot. Tapi saya dah lali bau benda tu area situ. Masa kecik-kecik bila saya datang rumah kelab JCS di sebelah rumah A ni pun memang ada bau juga. Tapi mak cakap "jangan tegur", time tu.

Tipulah jika saya cakap saya tak takut lansung. Hingga saya konfius mana satu bunyi sebenar dan bunyi yang saya imaginasi sepanjang jalan itu.

Ada bunyi seperti orang berbisik sebelah saya, suara perempuan. Mungkin saya hanya berimaginasi. Walaupun ianya berbunyi berulang kali.

Kami diam tak berbual sepanjang jalan ke atas, melalui celah-celah pokok besar, semak samun dan bangunan usang dalam gelap. Saya memegang lampu picit kecik pada tangan kiri, hanya menyuluh ke bawah - tempat di mana yang saya akan lalui. Tangan kiri saya pegang cotar besi yang jenis boleh panjang tu atau orang putih kata: 'telescopic baton' (tak tau sila google). Selain itu saya ada selit pisau lipat saya dipinggang. 

Saya jalan depan, kawan saya jalan belakang.

Bau busuk seperti bau bangkai semerbak secara tiba-tiba. Kami terhenti. Selang berapa saat bau wangi pula, macam bau awal-awal tadi. Bau itu selang seli. Kejap busuk kejap wangi. Ketika itu kami baru melepasi 'menara 2'.

Malas nak fikir panjang, saya terus bakar rokok kretek saya. Busuk dan Wangi? Hilang terus. Bau kretek je ada.

Kami meneruskan perjalanan sehingga sampai belakang menara 3 yang semak samun dan tahap teruk dan ada tebing tanah runtuh sikit sebelum naik ke puncak bukit ke rumah banglo lama yang mereka dakwa rumah nabila.

" kau tunggu sini, baik aku masuk sorang ke sana" kata member saya.

Dia panjat dan terus meredah semak masuk ke banglo tu. Perlu faham kawasan ini adalah kawasan bukit. Saya tinggal seorang di belakang menara 3. Saya mula mengumpul ranting kayu dan buat tiga unggun api kecil untuk kasi terang sekeliling saya. Nyamuk banyak boleh tahan.

Dari bawah saya nampak sinar lampu picit kawan saya mula kelam dan dipadam ketika dalam sebuah ruang di rumah itu. Saya perhati dari jauh. Kemudian saya lihat sinar yang mungkin dari nyalaan lilin yang dibakar oleh rakan saya. Kita boleh bezakan antara sinar lampu picit dan sinar nyalaan lilin.

Kemudian kelihatan asap dari rumah itu, seperti kawan saya membakar sesuatu dari dalam.
Saya bercangkung, cuba menyibukkan diri main unggun api kecil saya untuk menghilangkan seram kerana duduk sorang-sorang. Ada juga fikir nyesal ikut buat benda ni. Bunyi dah macam-macam saya dengar. Walaupun hanya sayup-sayup saja. Mungkin saya berimaginasi.

Hampir satu jam dan rasa seram tu makin menebal bila bau busuk itu muncul lagi. Saya dah mula tak duduk diam. Nak kencing pun tahan. Saya cuba misscall kawan saya di dalam.

" KUAAAKKK "
Bunyi macam burung gagak atau apa ntah dekat atas pokok besar depan saya. Saya tak berani tengok. Bangun dan cuba buat berani.

" KUAAAAAKKKKKKKKK "
Kali ni makin kuat dan garang. Saya tak sengaja terjerit dengan kuat. Ibarat orang melatah berani dalam takut:

" DIAMLAH!"
Bergema suara saya di kawasan tu.

Terus saya terdengar bunyi sesuatu yang besar ibarat benda berkibas  terbang meninggalkan pokok itu. Ibarat bunyi kain besar anda kibas atau hayun berulang kali. Semakin lama bunyi berkibas tu semakin jauh. Saya tak tengok pun. Tapi saya faham apa benda tu.

Harap dia tak patah balik bawak geng. Masak lah saya. Iman tak tebal, ilmu tak tinggi. Memang pengsan kalau saya kena keroyok kat situ dengan benda tu sorang-sorang.

Kadangkala bila kita 'terrrberani' macam tu, keadaan akan tenang semula. Tapi dalam keadaan tertentu, bahaya juga.

Ayat kursi saya akan guna sebagai last resort. Selagi saya boleh kawal, saya kawal emosi saya. Walaupun tahap gigil saya, tak terucap dengan kata-kata.

Tiba-tiba peha saya bergegar. Ibarat ada orang pegang dan goncang. Saya melompat terkejut tanpa suara.
Celaka. Rupanya Henfon saya vibrate dalam kocek. Member saya dari banglo atas SMS saya:
" jangan bising "

Mungkin dia terdengar saya menjerit tadi.

Saya mula bercangkung semula dan memerhati cahaya dari banglo atas tu. Nampak kelibat bayang rakan saya.... Saya harap tu memang bayang dia.

Bunyi tapak kaki!

Saya terdengar seperti ada orang berjalan di dalam 'menara 3' belakang saya ni. Adoi. Bulu roma mula meremang. Saya terus berlari ke arah tembok batu dan keluar dari kawasan villa tu ke kawasan yang semak tapi luas sikit, tanpa ada apa halangan visual. Sekurang-kurangnya saya boleh nampak sesuatu yang datang dari jauh. Ianya lebih baik dari tempat yang celah-celah.

" DUMMM! "
Terdengar bunyi sesuatu yg kuat dan bergema dari dalam rumah banglo yang kawan saya masuk tu. Seperti ketulan batu besar jatuh. Dia masih ada dalam tu. Saya terus menoleh semula ke arah rumah itu. Kelihatan bayangnya kelam kabut. Saya tak sedap hati.

" KUAAAAAAAAKKKK "
Bunyi tadi menjerit seolah-olah betul-betul di sebelah gegendang telinga saya. Saya terkejut dan tersungkur jatuh dalam semak tu. Cotar saya tercicir. Jantung rasa nak gugur. Bulu roma dan tengkuk saya meremang.
Dalam masa itu, kedengaran bunyi seperti bunyi di atas pokok tadi berkibas, macam bunyi bendera ditiup angin kencang di atas saya, bagaikan mengelilingi saya.

Saya bingkas bangun. Nak mula baca ayat Kursi. Sumpah dah tak boleh handle. Orang kata takda pernah dengar manusia mati kena cekik hantu. Tapi saya pernah jumpa orang yang lumpuh sebab bermain dengan benda-benda ni. Maka saya taknak ambik risiko, saya mula menyiapkan diri.

Baru awal Bismillah saya sebut, Tetiba saya terdengar dan ternampak rakan saya huru hara keluar dari banglo atas tu. Dari jauh nampak sinar lampu picitnya huru hara. Saya mula panik.
Dia berlari ke arah saya, memandang ke arah atas saya kemudian dia terberhenti dan menjerit sekuat hati pada saya .
" ATAS KAU! ATAS KAU! "

Tanpa berlengah saya terus lari semula ke dalam kawasan tembok rumah A, untuk menghala ke jalan menara 3 untuk turun ke menara 1.

" JANGAN LALU SITU! LALU SINI! "
Kata kawan saya yang menunjuk jalan turun bukit yang melalui kawasan bersemak tebal betul2 disebelah kiri Rumah A. Jalan itu 200 meter dari atas ke bawah menuju terus ke jalan besar (Jalan Skudai). Hakikatnya ianya jalan yang paling senang keluar dari jalan yang kat dalam kawasan Rumah A yang berselirat dengan pokok, dan semak.

Kami berlari. Tak ingat dunia.  Bunyi kain tu ibarat semakin kuat di belakang saya, seperti mengejar. Jangan pandang belakang. Lari! Saya cuba baca ayat kursi tapi tak pasti apa yang saya baca.
Saya jatuh dan bergolek. Bangun semula, dan lari. Tiba di jalan besar saya lari lintas tanpa tengok kiri kanan. Ada bunyi hon. Nasib baik saya tak kena langgar. Terus ke tepi jalan batu tepi pantai lido (sekarang dah takda dah, dah kena tambak pasir).
Mencungap.

Saya toleh kebelakang dan melihat ke arah bangunan itu. Rasa selamat bila berjaya lintas ke seberang jalan. Celaka. Nak putus semua urat. Rasa nak pitam. Kawan saya terus terbaring tepi batu pantai lido yang busuk tu.

" beg kau mana? motor kau macamana? Dalam pondok guard tu!" saya tanya kawan saya.
" Biar dulu lah! Kita tunggu pagi sikit . Beg aku tertinggal "
Dia jawab sambil tercungap-cungap.

Dia menyeluk kocek jaketnya. Dan menunjukkan sesuatu pada saya.
" Nah. Hasil malam ni. Duit sate gagak! "

Segenggam duit RM50. Mungkin dalam 7-8 keping kot.

Saya tengok jam dah pukul 5 lebih pagi.

Dia cerita ada benda yang hodoh dan menyeramkan cuba terkam dia masa dia buat puja. Dia dah habis bakar gagak tapi benda tu macam marah dan tunjukkan rupanya dari gelap.

" Tadi masa lari 'kain buruk' tu ikut kau " dia kata.

Saya cuma terdiam dan secara spontan saya jawab :
" pergi mampus aku nak ikut kau buat benda ni lagi. "

Dia ketawa.

Selepas azan subuh, kami pergi masuk semula ambik skuter.
Start motor dan balik. Dia offer saya hampir separuh duit yang dia dapat tu.
Tapi saya menolak. At least saya dapat pengalaman berharga, lebih berharga dari hasil duit haram tu. Dia non-muslim, dan saya konfius dia agama apa maka dia tak perlu risau bab tu.

Ingat. Pemujaan benda bukan-bukan adalab salah dari segi syariat Islam. Tergelincir dari syahadah. Sebab itu saya tak join dia pergi bakar 'sate gagak' tu. Cuma nak dapat pengalaman masuk dengan kaki puja je.

Itulah sedikit sebanyak kisah saya yg saya sempat tulis. Penat nak tulis semua. Nanti tak siap. Itu belum masuk saya kena sergah dalam kereta masa parking dekat rumah JCS sebelah tu.



BUDAK HILANG DI VILLA NABILA

Saya malas nak cakap pasal benda ni kerana PDRM pun dah keluar official statement. Cukuplah saya kata mereka yang pergi masa awal kejadian saja yang faham dan beberapa orang individu di Masjid Abu Bakar yang tahu apa yang berlaku.

Saya menemani rakan saya yang bertugas sebagai media sebuah akhbar cuma membuat liputan tentang hiruk-pikuknya suasana Rumah A pada malam 18hb apabila hampir 1000 orang ramai datang untuk 'menziarah' rumah tersebut. Siap ada jual air beb.
Ini adalah hasil laporan kami:

Metro

http://goo.gl/IssY30

Mungkin mereka terpanggil nak pergi kerana rasa prihatin terhadap budam yang dikatakan hilang itu. Mungkin sebab dulu nak pergi tapi takut, bila ramai-ramai masuk barulah semua berani nak masuk. Ada juga pihak-pihak yang cuba tunjuk expert untuk mendapat publisiti murahan. Mungkin juga sebab jakun kerana baru je tahu tempat tu wujud dalam JB. Apakejadah.

Kami amat risau apabila ramai yang mula menaiki 'menara 1' secara beramai-ramai. Perlu difahamkan tempat ini dah usang dan uzur. Konkrit berceracak di tepi tangga. Tangga pun dah reput. Kalaulah tetiba runtuh, tak ke datangkan satu musibah yang lebih besar dari kes budak hilang tu?

Pihak PDRM juga seperti dah mati akal bila orang ramai membanjiri tempat itu. Jalan jem beberapa KM. Arahan PDRM lansung tidak diendahkan. Cadangan saya supaya lain kali jika berlaku kes pelik seperti ini, PDRM hantar anggota blok jalan masuk lokasi kejadian lebih awal, walaupun dikatakan kes itu telah selesai. Hantar je Rela atau lebih baik, FRU untuk kepung pintu masuk tersebut. Namun, ianya cuma cadangan bodoh saya.

Kita dapat lihat mentaliti orang kita yang sememangnya prihatin (walaupun kadang2 prihatin tak bertempat). Tapi kalau anda ada pada malam itu, kelihatan semua bangsa ada. Dan semua bertanya
" budak tu dah jumpa? "

Atas sebab keprihatinan orang kita yang luar biasa itulah menyebabkan orang kita selalu dimanipulasi mindanya, kadang-kadang. Tidak hairanlah apabila ada yang sebut ada 50,000 bangla yang masuk mengundi semasa PRU3, ada yang percaya lalu marah dan mengepung pusat mengundi atau pusat yang disyaki menyimpan bangla. Contohnya terjadi di tempat saya Kulaijaya apabila lebih 300 orang mengepung Pejabat Daerah kerana mereka dapat berita ada bangla dok dalam tu untuk mengundi. Ada kata 500 ada kata 50 ada kata 5000. Padahal sekor bangla pun mereka tak dapat cari dan bawa ke Balai untuk buat laporan!
Namun sekali lagi jika difikir pada sudut positif, orang kita tak kira apa bangsa dan agama mungkin akan bersatu jika terjadinya sesuatu keadaan yang getir. Harap perkara ini dapat dipraktikkan kepada perkara-perkara seperti tindakan awal orang awam menangani bencana alam mahupun peperangan. United We Stand. Cuma perlu disalurkan ke jalan yang betul melalui sumber informasi yang sah. Bukan dari rumors yang melampau, tak kira dalam apa situasi sekali pun.

Kepada anak muda. Saya pernah melalui zaman gila seperti anda. Cukuplah apa yang kami lalui. Saya faham semangat berontak dan ingin tahu itu menebal dalam diri remaja. Tapi kita perlu ukur baju badan sendiri. Jangan pergi ke tempat merbahaya seperti ini. Kat situ kalau ada kes bunuh, dicampak mayat anda masuk swimming pool tu, takda sapa pun tahu. Jalan ini selalunya berakhir dengan kesulitan. Benda suka-suka jadi duka, pastu membimbangkan dan menyusahkan orang!
Sekarang anda semua mungkin faham sedikit sebanyak tentang tempat ini. Saya menerangkan bukan bermaksud untuk menggalakkan anda pergi ke sana. Dan saya tak kata semua sumber saya adalah tepat, kecuali apa yang saya lalui sendiri. At least ianya boleh memberi anda 'a pieces from a puzzle' berkaitan hal misteri urban legend lokasi ini.

Yang baik dijadikan Tauladan,
Yang buruk dijadikan Sempadan

Akhir kata saya akui memang Rumah A atau Christine Villa serta Villa Nabila itu memang KERAS!
.. Sebab banyak batu konkrit dan pokok.


Kita Layan Lagu ni.. Member aku Ah Seng suka lagu ni. Begitu juga dengan Alfi Jepun. Ada sentimental value katanya.
CINTA UNTUK NABILA - MELISSA


GAMBAR PADA 18/11/2013
Kelam Suasana Malam itu

Gigih menemuramah seorang petugas Masjid Abu Bakar yang terbabit membantu.
Nampak?
Nampak Tak?
Tak Nampak?
Hafidz Metro
Shafik
Abby
Semua Berkerut 
Dah macam pesta
Yes. PDRM datang untuk mengawal keadaan
Lama tak masuk sini. Buat gila jap

Thursday 14 November 2013

SEMENTARA WAKTU..

Assalamualaikum. Dah lama saya tak menulis di dalam blog ini.
Masih banyak lagi bab-bab yang tergantung. Insyallah akan diteruskan.

Saya sedang giat menulis di beberapa blog termasuklah blog peribadi saya sendiri. Ianya lebih pada bentuk bebelan sendiri atau monolog yang tiada asas atau skop spesifik. Nak tulis apa, tulis. Amat berlainan dengan blog Terus Hidup ni.

Maka saya jemput rakan-rakan ke Blog Saya yang satu lagi:-

Monolog Mantra

Monolog Mantra - Tembak Tembak Tembak

Masih ada juga cerita keselamatan sikit-
Sikit tapi ianya bukanlab satu blog rujukan seperti blog ini.

Blog ini hanya update jika ada bahan rujukan yang berkaitan dengan keselamatan dan pertahanan diri, seperti awal yang saya katakan dulu.

Maka diharap anda dapat bersama saya di blog yang baru. Walaupun merepek. Hahaha.

Sentiasa bersedia dan Terus Hidup!

APPS REVIEW : Facebook Messenger (Android) version 3.1.1

APPS REVIEW : Facebook Messenger (Android) version 3.1.1 Updated 13 Nov 2013 in Bahasa Melayu (no subtitle)
Facebook Messenger

Hotak aku jem. Nak buat benda lain tapi tak jadi. Idea takda masyuk.
Jadi aku belek Xperia aku, tengok notification. Ada Update utk FB Messenger. Aku tekan.
Wow
Cantik dan Lebih ringan. Macam2 option baru yang ada. Contohnya adalah option utk availability kita (nak hide, atau nak 'hijau' dan sedia utk di ajak chatting dengan kengkawan). Walaupun kita off benda ni, tapi kita masih boleh menerima inbox notification. Kita cuma tak boleh tengok siapa rakan kita yang ada online. Itu je. Sama mcm sistem chat desktop FB. Maksud aku, cara lebih senang untuk tunjuk yang korang ada atau tak. Tak perlu nak ejas dekat desktop.
Kedua dan yang extra best, kita boleh invite chatting kawan-kawan kita yang tak friend dgn kita, tapi ada Fb. Syaratnya adalah kawan kita tu daftar info nombor Hp dia dekat database FB. Caranya? Masukkan no hp dia yang anda tahu tu, dan send. Amat berguna untuk spy nombor2 anonymous. Untung2 kalau dia ada FB, kita dapat detect. Hahhah
Cuma kali ni dah takda features sms. Sebelum ni ada. Apa lagi? Kita boleh 'mute' mana-mana notification inbox yang perlu. Siap ada timer mute. Korang cek lah sendiri. Pop up Chat Header? Mcm biasa.
Pada aku, puas hati. Ini adalah major update. Interface dan Icon pun berubah betul. Setakat ni amat smooth dalam Xperia Z aku.
***Tak memasal pagi ni aku jadi gadget freak, techno geek. Tapi aku memang minat benda-benda ni hahaha.

Friday 8 November 2013

BUKU YANG DICURI : POLITIK DUNIA SEJAK 1945


SEJARAH POLITIK DUNIA. 
Buku: Politik Dunia Sejak 1945
(Peter Calvocoressi)

Buku ni banyak sejarahnya (sejarah peribadi). Terus terang saya kata, buku ni adalah buku curik, atau dalam bahasa yang sopan- ambik tak pulang.

Pada zaman sekolah lagi saya dah minat dengan sejarah dan politik (tp bukan politaik Malaysia, ketika itu). Walaupun benda ni tak masuk pun dalam SPM/STPM, tapi saya berulang2 baca buku ni. 
Saya pertama kali terjumpa buku ini disebuah perpustakaan di trmpat kami pada umur saya 15 thun (Tingkatan 3). Tiap kali masuk library, mesti saya jenguk buku ni ada lagi ke tak dan baca sikit2.

Semasa saya nak habis SPM, saya ambil keputusan untuk rembat buku ni, sbb buku ni dulu susah nak cari dekat luar. Dan bila saya lihat rekod peminjam, Kosong. Seperti takda orang pun nak baca buku ni. Bosan kot. Ketika itu saya dah baca siap buat nota ringkas utk beberapa bab. Padahal bukan masuk exam pun.

Saya simpan selama setahun kemudian setelah saya sambung STPM, saya pulangkan semula ke library. Pada kali terakhir di library, saya sempat ‘cop’ buku ni dengan tandatangan lama saya, 2004. Awek lama mesti cam sign ni kan? Hahaha.

Masa berlalu. Kebetulan adik ipar saya (Mohd Akmal) juga masuk STPM beberapa tahun berikutnya dan terjumpa buku ini. Dia pun rembat semula dan tunjukkan pada saya. Di bawah tandatangan saya tu adalah tandatangan dia. Sejak dari haritu, buku ni ada dalam simpanan kami.

Buku ini mengajar saya pelbagai cerita dan fakta (serta auta) dalam permainan politik dunia. Hari demi hari, saya semakin faham apa yang berlaku. Ada yg betul ada yg salah dalam buku ni, secara realitynya. Almaklumlah, “History were written by the Victors”. Buku ini menjadi panduan dan rujukan pada awal proses pemahaman saya terhadap sejarah dan politik, selain beberapa buku lain. Sehingga ke hari ni saya masih menyelak buku ni dalam bab2 tertentu.

Kami akan pulangkan buku ini bila tiba masanya. Maafkan kami kerana mencuri. Daripada ianya dimakan anai-anai, lebih baik kami curi dan baca.

Artikel asal Fb: http://goo.gl/Gpd0V9

/ #barisannasional #politik #education #politic #world #books #memories #schooldays #1945 #history #buku #umno #pakatanrakyat #nazi #war #journal #stolen #followme #tagsforlikes #malay #xperiaz #random #monologmantra #azmannaim44 #laskarpetaka #kulai #kulaijaya #johor #malaysia


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...