Aku plan nak tulis sesuatu yang berkaitan dengan bola Malaysia. Tapi nampak gayanya macam makan masa. Jadi aku upload dulu gambar-gambar kenangan aku masa ke SNBJ. Aku penyokong JDT, Yelah, Kan aku orang Johor haha. Jadi semua gambar ni korang akan nampak kaler Biru sahaja. Bukan biased, tapi itu jelah angle yang aku dapat. Lagipun tak cantik sangat shot ni. Pakai henpon je. Masa match tengha berlansung aku tak ambik gambar. Tak sempat. Dengan pergerakkan kiri kanan semua chant, kalau tertepis henpon aku, konfom terbang dan hilang. Baik masuk poket dan sorak sama-sama. haha.

Abang Polis kita yang bertugas pada hari itu. Unit K9. Anjing tu jinak, sebab dia tak kejar aku. Kira jinak la tu.

Security check. Lighter aku kena rampas dengan brader Rela no 2 dari kiri tu. Hahaha. Tugas dia. Menurut Perintah

29… esoknya (30hb) adalah birthday Tengku Mahkota Johor yang ke 29. Maka rakyat Johor, yang di ‘LEAD’ oleh Boys of Strait beramai-ramai main Tifo ni. Nampak tak Merah Biru dekat sebelah sana tu? Tifo Effect

haaa. Ni tempat duduk aku. Walaupun masuk lambat, tapi nasib baik dapat dok belah depan. Time ni aku masih kat belah atas. Blok 109. Tingkat bawah

haaa. ni bukan kat Argentina mahupun Italy. Ini KaT TEMPAT KITA!! kAT Match kita dari orang kita sendiri! Meriah beb

JDT tak dapat piala..tapi dapat bentuk para penyokong yang berdisplin, satu hati dan supportive. Tahniah Kelantan. Gomo Kelate Gomo. Johor, Kami Tetap Menang. Lihat saja sorakkan dari penyokong Johor untuk Kelantan. Ini yang kita Mahu!
Aku ni penat nak tulis panjang-panjang kali ni. Sebab next post akan konfom panjang berjela. Kami Kalah piala tapi masih menang di hati. Syabas Kelantan kerana berjaya kekalkan takhta. A good game. Terima kasih semua fans JDT. Respek semangat kamu semua. Thanx BOS, thanx pasukan JDT, berjuang habis-habisan. Dan… Terima Kasih dan Happy Birthday TMJ, thanx for everything, Your Highness. Long Live TMJ !
LUASKAN KUASAMU!
No comments:
Post a Comment