Alhamdulillah, dalam masa beberapa jam, email dan inbox fb saya telah dihujani dengan macam-macam pertanyaan tentang blog ini. Respon amat memberansangkan. Tertanya anda semua mahu TERUS HIDUP! Ada yang bertanyakan tentang jenis pos yang akan saya paparkan dalam masa akan datang. Ada yang tak sabar untuk membaca post-post saya. TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN!
Untuk pengetahuan anda, saya ni baru saja berjinak-jinak dalam dunia Bloggers. Pada pendapat saya, saya bukanlah seorang blogger, tapi saya hanyalah seorang penulis biasa. Nak buat HTML blog ni pun terkial-kial. Buta IT betol! hahaha!!
Ramai juga yang mengatakan blog saya ni nampak terlalu heavy dan serius. Oh jangan anggap begitu. Nampak je ganas. Sebenarnya saya suka anda semua santai, rileks tapi dalam masa yang sama sentiasa peka dan sentiasa mempunyai sikap ingin tahu. Dari sudut saya sebagai penulis, saya amat berusaha untuk membuatkan anda tidak berasa stress dan sentiasa hepi apabila membaca blog saya ( walaupun isu yang disentuh itu heavy! ).
Jika anda ada sebarang cerita, cadangan mahupun pertanyaan anda bolehlah menghubungi saya di fesbuk saya, FB fanpage Terus Hidup ( jangan lupa 'like' kami di sana ye? cantekkk ) dan email saya.
Saya chalo dulu. Nak siapkan beberapa perkara kejap. Eh! Saya belum makan lagi sejak berbuka. Patut le lapar semacam. Tadi minum air nescafe ais dan rokok srya sebatang aje. Nikmat! SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH DALAM BULAN RAMADHAN SEMUA! TERUS HIDUP!!
ASSALAMUALAIKUM!
AZMAN NAIM
44
No comments:
Post a Comment