F

Pages

Thursday, 14 November 2013

APPS REVIEW : Facebook Messenger (Android) version 3.1.1

APPS REVIEW : Facebook Messenger (Android) version 3.1.1 Updated 13 Nov 2013 in Bahasa Melayu (no subtitle)
Facebook Messenger

Hotak aku jem. Nak buat benda lain tapi tak jadi. Idea takda masyuk.
Jadi aku belek Xperia aku, tengok notification. Ada Update utk FB Messenger. Aku tekan.
Wow
Cantik dan Lebih ringan. Macam2 option baru yang ada. Contohnya adalah option utk availability kita (nak hide, atau nak 'hijau' dan sedia utk di ajak chatting dengan kengkawan). Walaupun kita off benda ni, tapi kita masih boleh menerima inbox notification. Kita cuma tak boleh tengok siapa rakan kita yang ada online. Itu je. Sama mcm sistem chat desktop FB. Maksud aku, cara lebih senang untuk tunjuk yang korang ada atau tak. Tak perlu nak ejas dekat desktop.
Kedua dan yang extra best, kita boleh invite chatting kawan-kawan kita yang tak friend dgn kita, tapi ada Fb. Syaratnya adalah kawan kita tu daftar info nombor Hp dia dekat database FB. Caranya? Masukkan no hp dia yang anda tahu tu, dan send. Amat berguna untuk spy nombor2 anonymous. Untung2 kalau dia ada FB, kita dapat detect. Hahhah
Cuma kali ni dah takda features sms. Sebelum ni ada. Apa lagi? Kita boleh 'mute' mana-mana notification inbox yang perlu. Siap ada timer mute. Korang cek lah sendiri. Pop up Chat Header? Mcm biasa.
Pada aku, puas hati. Ini adalah major update. Interface dan Icon pun berubah betul. Setakat ni amat smooth dalam Xperia Z aku.
***Tak memasal pagi ni aku jadi gadget freak, techno geek. Tapi aku memang minat benda-benda ni hahaha.

Friday, 8 November 2013

BUKU YANG DICURI : POLITIK DUNIA SEJAK 1945


SEJARAH POLITIK DUNIA. 
Buku: Politik Dunia Sejak 1945
(Peter Calvocoressi)

Buku ni banyak sejarahnya (sejarah peribadi). Terus terang saya kata, buku ni adalah buku curik, atau dalam bahasa yang sopan- ambik tak pulang.

Pada zaman sekolah lagi saya dah minat dengan sejarah dan politik (tp bukan politaik Malaysia, ketika itu). Walaupun benda ni tak masuk pun dalam SPM/STPM, tapi saya berulang2 baca buku ni. 
Saya pertama kali terjumpa buku ini disebuah perpustakaan di trmpat kami pada umur saya 15 thun (Tingkatan 3). Tiap kali masuk library, mesti saya jenguk buku ni ada lagi ke tak dan baca sikit2.

Semasa saya nak habis SPM, saya ambil keputusan untuk rembat buku ni, sbb buku ni dulu susah nak cari dekat luar. Dan bila saya lihat rekod peminjam, Kosong. Seperti takda orang pun nak baca buku ni. Bosan kot. Ketika itu saya dah baca siap buat nota ringkas utk beberapa bab. Padahal bukan masuk exam pun.

Saya simpan selama setahun kemudian setelah saya sambung STPM, saya pulangkan semula ke library. Pada kali terakhir di library, saya sempat ‘cop’ buku ni dengan tandatangan lama saya, 2004. Awek lama mesti cam sign ni kan? Hahaha.

Masa berlalu. Kebetulan adik ipar saya (Mohd Akmal) juga masuk STPM beberapa tahun berikutnya dan terjumpa buku ini. Dia pun rembat semula dan tunjukkan pada saya. Di bawah tandatangan saya tu adalah tandatangan dia. Sejak dari haritu, buku ni ada dalam simpanan kami.

Buku ini mengajar saya pelbagai cerita dan fakta (serta auta) dalam permainan politik dunia. Hari demi hari, saya semakin faham apa yang berlaku. Ada yg betul ada yg salah dalam buku ni, secara realitynya. Almaklumlah, “History were written by the Victors”. Buku ini menjadi panduan dan rujukan pada awal proses pemahaman saya terhadap sejarah dan politik, selain beberapa buku lain. Sehingga ke hari ni saya masih menyelak buku ni dalam bab2 tertentu.

Kami akan pulangkan buku ini bila tiba masanya. Maafkan kami kerana mencuri. Daripada ianya dimakan anai-anai, lebih baik kami curi dan baca.

Artikel asal Fb: http://goo.gl/Gpd0V9

/ #barisannasional #politik #education #politic #world #books #memories #schooldays #1945 #history #buku #umno #pakatanrakyat #nazi #war #journal #stolen #followme #tagsforlikes #malay #xperiaz #random #monologmantra #azmannaim44 #laskarpetaka #kulai #kulaijaya #johor #malaysia


Wednesday, 16 October 2013

RAMAI, TERLALU RAMAI

Ramai, Terlalu Ramai.
Yang Berkata Tanpa berfikir,
Yang Membaca Tanpa Mengkaji,
Bersaksi Tanpa Menyaksi,
Yang Berjalan Tanpa Melangkah,
Yang Tiada di Pangkal,
Munculnya Di Hujung.
Yang Berani Dalam Terang,
Namun Mati dalam Gelap.
Akan Ditanya dan Disebut.
'Bicaralah Dengan Amal mu'
Tiada Seorang Yang Menyahut.
Maka Ditanya dan Disebut,
'Bicaralah Dengan Nafsu Mu',
Lantas Bergegar Jiwa Berebut.
Ramai. Terlalu Ramai.
Hakikatnya Kaca,
Mengaku Permata.
Dan Aku Merhati,
Dari Penjuru Gelap Ini.
Azman Naim
1516 15102013

Friday, 13 September 2013

REALITI : Malaya/Malaysia, Zaman Insurgency dan Zaman Sekarang

Veteran Tentera, Polis dan Homeguard - dulu berperang lawan komunis, bertembak, putus kaki kena jerangkap samar, hilang nyawa. anak jadi yatim isteri jadi balu. Hanya Tahniah dan Pingat.. naik lah pangkat sikit. Sekarang, Tiap tahun mereka dipanggil untuk hamper saguhati, itu pun kalau ada yang ingat. Kalau ada persatuan veteran dan rakan-rakan yang ambil berat, maka itulah tempat paling rapat untuk mengadu. Wira tak didendang. Jasa mereka, dapat apa keistimewaan? dapat parking free? dapat tax reduction? ada? dapat tanah kurnia? dapat! Tanah kubur jelah. itu konfom dapat free.

Komunis. Bintang Tiga, MPAJA - dah bunuh orang awam dan anggota. Bom sana sini. Sentiasa merancang dan membuat keganasan. Tapi bila mula pengampunan dan rancangan Briggs.. mereka pindah ke kawasan baru.. mintak maaf dan mereka terus menetap di situ. Maka wujud persatuan baru dan bidang ekonomi mereka yang baru. Dengan sokongan kerajaan agar mereka tidak kembali untuk melakukan keganasan. moga mereka berubah. bila mereka tidak dapat apa yg di minta, subversif dilancar semula dalam pelbagai bentuk. Sampai waktu, ada di antara mereka menuntut dan diberi geran hak milik tanah tersebut. Tanah Penempatan free beb, at least.

Orang Politik - dulu mereka... err sekarang.. err..

ah malas lah aku nak bebel lagi.

ISU KESELAMATAN ANGGOTA KASTAM DIRAJA MALAYSIA (prolog)

Salah Satu Kenderaan Kastam Diserang Tonto
Apalah Nasib Anggota Kastam kita? Orang politik, apa cer woi?
Dengar cerita unit escort Elite Kastam, Emergency Response Team dah ditubuhkan haritu.. Nak tau juga, mereka dah benar2 diberi latihan khusus utk tugas mereka ke belum?
Sedangkan status kastam ni adalah "Di Raja" juga seperti ATM dan PDRM. Tapi bagaimana dari segi latihan dan perlaksanaan tugas mereka? Mengapa ibarat tiada rasa gentar yang wujud dalam hati si penjenayah bila berhadapan dengan anggota Kastam?
Diancam, Dirempuh, Disimbah cat, Bom petrol, malahan dibunuh. Mengapa? Apa silapnya hingga mereka memandang remeh dan sinis terhadap kuasa KDRM?
Kita selalu dengar penambahbaikan dan macam peruntukkan kepada agency lain. Saya cuma pelik, tiada pun cadangan untuk menaiktaraf aset, latihan dan pengurusan KDRM muncul di Parlimen? Adakah kita lupa bahawa mereka juga bertugas di hujung senjata?
Lupakah kita bahawa senjata dadah arak dan lain-lain yang digunakan dan diperdagangkan oleh penjenayah sekarang ini, yang akan dan telah menjadi satu ancaman pada Negara berpunca dari apa? Pintu keluar masuk barangan, siapa jaga?
Saya tidak kata KDRM lemah namun kerajaan (orang politik, yang menjadi pembuat dasar dan mereka2 yang duduk di dalam Parlimen ) harus memandang berat terhadap tugas KDRM.
Saya sbg orang awam, amat pelik bila KDRM boleh "dipermain-mainkan" oleh geng2 dan sindiket. Mengapa Gov ibarat tak ambil berat terhadap KDRM sehingga boleh jadi kes-kes seperti begini? Apa silapnya?
Berapa ramai anggota dan pegawai KDRM yang perlu terkorban dan diserang lagi baru gov nak ambil tindakan penambahbaikan?
Lupakah kita bahawa Penyeludupan adalah satu Ancaman besar bagi Negara dan Rakyatnya? Jadi mengapa kita tak cuba memperkuatkan dan memperkasakan  KDRM?
#gambar ini adalah salah satu kenderaan KDRM yang dirempuh geng tonto sindiket yang berlaku pada bulan mei 2013
Link asal klik sini

Monday, 29 July 2013

TEMBAK TEMBAK TEMBAK

TEMBAK TEMBAK TEMBAK

Aku semenjak dua ni dah jarang menulis atas sebab-sebab tertentu.

Tapi kalau korang perasan semenjak dua ni banyak sangat kes tembak mati. Dah jadi macam musim. Adakah Malaysia sekarang ni selamat lagi?

Mana datang senjata api ni? Malaysia ada ke kilang buat pistol? Adakah proses pemilikan lesen senjata api ni senang sangat?

Salah satu sebab ; Dari Luar masuk Ke Dalam. Maksudnya seludup. Macamana seludup?

Ini terjadi bila segelintir anggota keselamatan dan orang awam "bukak mulut telan dan tutup mata pejam"
Contoh kecik kita boleh kaitkan dgn barang2  seludup. Sekadar contoh. Maka andaikan ianya MEGI SELUDUP.

"Bos, saya bawak megi seludup je bos. Bukan dadah. Setel sini lah bos"

"Bro saya buat ni untuk cari makan je bro. Nak hidup bro"

Bila sekali dua diorg lepas, maka diorg pun kenal. Hingga atas dasar budi bicara anggota, mmg malas nak cek atau nak ambik tau apa yg orang ni seludup. Sbb dah 3-4 kali cek - MEGI SELUDUP. Jadi kalau terserempak, mindset mereka terus kata "orang ni buat megi beras seludup"

10 tahun sindiket berjalan, ketua sindiket dgn anggota dan orang awam pun dah kenal sangat.... Yakin kah anda bahawa mereka ini masih buat job MEGI SELUDUP?
Disebalik kotak megi tu... Mesti ada barang lain. Orang bodoh je takkan ambik peluang untuk expand biznes..

Bayangkan kalau 6 bulan sekali si penyeludup megi ni selit sepucuk pistol  . Kalau sindiket dah berjalan 10 tahun, brapa banyak dia dah bawak masuk pistol?

Mindset orang kita memang rigid dan spoonfed.. Dan biased dgn wang dan harta, nak senang cepat. Kita cuma percaya apa yang kita rasa apa yg kita nampak, dengar dan pegang.

Maka mana sifat prasangka kita? Prasangka untuk keselamatan. Kita kena berfikiran positif dan bersangka baik pada tiap benda? Tak elok berfikiran negatif dan buruk terhadap sesuatu? Kepala hotak kau. Pasal terlalu bersangka baik sangat lah kita kena serang kat Lahad Datu.

Bersangka baik ye...? kasi Pelempang Panglima baru tau. Brain & Mindset reCalibration. Nak??

" Bos kitorang dah sediakan duit untuk abang semua. Tak payah lah tahan kami. Kami bawak megi seludup saja. Kalau bongkar semua, susah la kami nak masukkan dan kemas semula. Setel sini jelah bang. "

Itu kita cerita satu sindiket. Kalau tiap sindiket ada buat benda yang sama macamana?

Siapa yang berani buat job ni? Faham-fahamlah, Malaysia dah mansuh EO dan ISA. Lepas ni mansuh apa pulak??? Orang-orang yang wanted mcm ni perlukan wang untuk hidup. Nak cari kerja yang proper susah (mungkin kerana rekod mereka) maka diorang akan buat apa yang orang lain tak sanggup buat. Seludup, Bunuh,  dan lain lain.. Upahnya lumayan. (dengar kata)

Itu kalau kita andaikan mereka hanya seludup pistol. Bayangkan kalau mereka seludup senjata berat...

Apa kita masih taknak belajar dari kes Lahad Datu? Tak terfikirkah mereka bila satu ketika Misuari mendakwa dia ada lagi stok senjata di Sabah. Bukankah ianya juga diseludup  sedikit demi sedikit? Masa ke semasa? Parts by parts?

Jangan terkejut kalau lepas ni penjenayah dan pembunuh akan guna AK47 atau sniper Barret 50cal. Ala senang je. Tiap bahagian senjata kecai sikit-sikit sumbat dalam bakul sayur pun boleh. Selit dalam daging lembu atau ayam. Dalam baja taik ayam pun cun. Heavy & big parts masuk ikut lori sampah atau lori bawak najis.. Atau lori bawak babi. Siapa nak cek????

Ini cuma hanya satu sudut sempit. Kalau nak bukak luas. Sampai  Sebenarnya banyak lagi. Malas nak dihuraikan secara detail. Orang yang duduk berpangkat tu buat kerja dan fikir la. Mana anggota tak perform, transfer! Nak ambik anggota, jangan ambik asal boleh aje! Kesianlah pada anggota yang betul2 komited untuk buat kerja dan orang awam yang tak bersalah yg jadi mangsa.

Apakah kita nak Sindiket dan Kongsi di Malaysia ni tahap macam kartel kat barat, ada tentera sendiri siap ada askar upahan dan kereta perisai sendiri, baru kita nak anggap mereka ni ancaman?

Ingat Malaysia takkan jadi macam mexico? Ye ke? Pernah tak sebelum ni kita terfikir bahawa satu hari nanti sekumpulan lanun militan akan serang negara kita? Fikir

Kerajaan pun jangan lembik sangat! Kita ada finest bunch of operators yang skillfull dan komited. Kasi sapu lah. Jangan jadi bacul sangat! Adakah kerajaan sekarang telah tunduk ayas sebab tekanan berbentuk politik? Cuba nak pujuk siapa? Ketatkan semula undang-undang yang berkaitan dengan penyeludupan, hasutan, risikan dan ancaman keselamatan! Takkan tunggu rakyat bertindak sendiri? The right to defend ourselves, zombie apocalypse style. Amacam? Boleh? Nak tunggu apa lagi?

Orang awam, jangan pentingkan diri sendiri. Tak ambik kisah! Konsep 'Bukan Kerja Aku'.. Esok lusa tetiba ada orang gila pegang pistol tembak rambang tetiba kat kau, baru tau! Kena diri sendiri, baru kau faham. Salurkan maklumat! Ambil Peduli! Hanruh lah sikit!

Anggota!! Sebagai lapisan pertama keselamatan dan pertahanan, kena komited! Jangan tunggu gaji je! Tau lah keje gomen! Inilah masalah generasi Y, apply gomen sebab nak rilek! Respek uniform, Junjung amanah, laksana Tugas! Jangan buat malu uniform dgn bersekongkol dgn orang pengkhianat macam tu. Kalau tak reti hormat diri sendiri, sila hormat uniform dan agency anda! Ingat sikit halal haram.

Lepas ni siapa pulak akan kena tembak? Kau?  Aku?

SELAGI TIADA PERUBAHAN DRASTIK DARI SEGI UNDANG-UNDANG DAN DOKTRIN, SELAGI ITULAH ANCAMAN TERHADAP MALAYSIA IBARAT API DALAM SEKAM.

Wednesday, 3 July 2013

20 JUTA UNIT SAMSUNG GALAXY S4 TELAH DIJUAL DALAM MASA 2 BULAN!!!


Baru-baru ini, Samsung telah berhadapan dengan satu siri laporan dari pelbagai pihak yang mempersoalkan prestasi pasaran Galaxy S4 . Pihak-pihak pembroker saham agak bimbang tentang kelembapan pasaran yang mungkin akan terjadi telah membuat spekulasi negatif dan bersikap skeptikal terhadap "marketability" S4, menyebabkan nilai saham Samsung menjunam gila rabak dalam beberapa minggu lalu.

Tapi, berdasarkan data sulit Samsung yang mungkin akan dikeluarkan secara rasmi beberapa hari lagi, kemungkinan pelabur akan kembali yakin apabila mereka mendengar bahawa Samsung telah berjaya menjual 20 juta unit Galaxy S4 dalam masa dua bulan sahaja!

Wow. Gila Wow.

Untuk rekod, tahun lepas Samsung memerlukan 100 hari untuk mencapai kejayaan yang sama. The Galaxy S4 kini terpantas jualan peranti Android sebelum ini.
333333 unit sehari; 228 unit seminit

Kepala otak...!

Samsung Galaxy S4 dikeluarkan di peringkat antarabangsa pada akhir bulan April, dan dilancarkan tanpa isu-isu kesulitan utama di kebanyakan medan pasaran antarabangsa. Tahun lepas, prestasi jualan awal Galaxy S3 telah terjejas akibat dari masalah stok tak cukup.

Pada tahun ini Samsung bakal mengeluarkan beberapa lagi variant model S4, yang masing-masing mempunyai perbezaan dan kegunaan spesifik dari yang lain ;
Galaxy S4 Aktif,
Galaxy S4 Mini,
Galaxy S4 Zoom,
Galaxy S4 Play Edition,
Galaxy S4 LTE-Advanced.


P/s: Teknologi zaman sekarang sukar dan tak sempat nak kejar. Kecuali anda yang reka sendiri.
Haritu hampir-hampir terbeli S4 ni. Haha. Nope I stick to my XZ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...