F

Pages

Saturday 22 June 2013

AWALUL KALAM : MONOLOG MANTRA OFFICIAL LAUNCH


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.
 SELAWAT DAN SALAM KEPADA JUNJUNGAN KU BAGINDA MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh.

Syukur kehadrat Ilahi kerana memberi peluang untuk hidup lalu menulis sehingga ketika ini. Akhirnya, setelah lama menulis di laman-laman lain, aku mengambil keputusan untuk menulis atas nama aku sendiri, di laman milik sendiri.

Monolog?
Jangan hiraukan tulisan aku yang bersifat membebel jika ada masa-masanya. Itulah Monolog.

Monologue

  • a long speech by one actor in a play or film, or as part of a theatrical or broadcast programme:he was reciting some of the great monologues of Shakespearehe had a long and exacting monologue at the end of the film
  • a long, tedious speech by one person during a conversation:Fred carried on with his monologue as if I hadn’t spoken

Ibarat bercakap sendiri..atau bercakap dengan tembok. Membebel ibarat tanpa hadnya atas gerak hati, pengalaman, pengetahuan dan pendapat aku. Ada setengah perkara aku tulis pasti akan dianggap tidak logik. 
Ya, Logika adalah satu sudut pandang. Aku tidak memaksa orang untuk percaya, tapi aku cuma nak orang membaca dan berfikir. Huruf-huruf dan ayat-ayat aku yang kerdil ini hanyalah satu monolog, sebagai satu proses berfikir dan membuat keputusan. Ianya monolog berkaitan Realiti dan Fantasi - yang mana satu pilihan hati?

Mengapa Monolog ini dalam tulisan? kerana otak aku lebih laju bercakap dalam tulisan.. bukan dari mulut yang menzahirkan perkataan.


Mantra?
Sejarah panjang berkenaan perkataan 'Mantra' ini. Orang Melayu, yang dulu dipengaruhi Sanksrit Hindu/Buddha sebut Mentera.. Secara asasnya ianya bermaksud 'Kata-kata Spiritual' sepertimana maksud asal dari bahasa Sanskrit

:
mantra (Sanskrit मन्त्र - manas - mind, consciousness, soul + tra, trayate - to free; "liberating the mind, consciousness, soul, atma from repeated birth and death") is a sanskrit (sometimes - in other languages, especially in buddhism and other religions outside India) sound, syllable, word, or group of words ) that is considered capable of "creating transformation" (cf. spiritual transformation). Its use and type varies according to the school and philosophy associated with the mantra.

Tidak semestinya ianya berkaitan dengan Agama dan Budaya jika ianya satu ayat yang dari Bahasa dalam kelompok Agama dan Budaya itu. Jika korang memahami isi kandung mentera-mentera, semuanya disebut berulang-ulang untuk mendapatkan atau mencapai sesuatu. Seperti mentera nak kuat, nak cantik dan lain-lain. Salahnya mentera jika apabila ada unsur Syirik.

Apa perkataan yang kita boleh terbayangkan apa bila seseorang itu menyebut sesuatu dengan berulang-ulang kali dengan membebaskan dan menyerahkan sesuatu dengan penuh harapan untuk mencapai atau mengubah sesuatu perkara mahupun keadaan? (sila rujuk maksud mantra dalam sanskrit di atas). Bukankah itu ibarat DOA?

Ibarat, bukan sama mahupun serupa. DOA bukan sama seperti MENTERA. Tapi MENTERA mempunyai Unsur dan perbuatan seperti BERDOA. Fahamkan.


Dan,
Nama Mantra ni dah lama aku guna, dalam pelbagai bidang aku guna. Dari masa zaman aku buat airbrush & arts consultant - MANTRA ARTS STUDIO sehingga zaman sekarang, MANTRA JAYA ENTERPRISE, untuk mencari rezeki.
Ianya jugai 'CallSign' dan Code Name aku dalam bidang-bidang dan aktiviti-aktiviti tertentu sejak 10 tahun dulu. Siapa sangka? nama Mantra ni melekat kat aku sampai sekarang. Ini semua ketentuan Allah.

Mantra, Mantera, Man tera, --- Man Terer , sebenarnya. haha. Itu pun kira doa juga tu haha.

Maybe it's time for you to step into my boots. Dan mungkin ini caranya.

Penerangan

Link & Platform Media
Aku cuba share post aku secara serentak dan dengan cara yang paling mudah untuk korang baca dalam pelbagai platform.
Buat masa ni, semua artikel dan post penuh hanya berada dalam bentuk Wordpress dan Blog,



http://monologmantra.wordpress.com/
http://monologmantra.blogspot.com/
http://www.tumblr.com/blog/monologmantra



dan lain-lain 'minor update' atau 'promo update' yang berkaitan dengan Monolog Mantra boleh diikuti di:-

(tags dan hashtag : #azmannaim44 #monologmantra #azmannaim44monologmantraupdate )

Setiap Post Update yang berkaitan melalui platform-paltform di atas akan disertakan shotlink ke 3 laman utama Monolog Mantra ini.
Insyallah mungkin dalam masa akan datang akan ada link ke Platform dan kaedah lain, yang lebih menyenangkan para pengguna Android dan Apple.

Bahasa
Aku akan guna bahasa melayu yang berbentuk dari semahal-mahal emas Srivijaya sehingga sehina-hina darah seorang pengkhianat, nilainya.Dari Bahasa Istana hingga Bahasa Kesat.
Termasuklah juga bahasa-bahasa asing yang lain, yang normal juga yang pelik - jika ada.
Jadi jangan dipertikai lagi setelah aku sebutkan kat sini perihal bahasa monolog ni. Nak bahasa melayu standard, sila baca Utusan.

Perkara dan Isu

Monolog aku bebas berkata. Dan aku bukan manusia yang baik ibarat malaikat. Namun aku tetap akan cuba kekalkan nilai Islam dan Ketimuran aku semasa menulis tentang sesuatu isu sensitif (jika ada). Mungkin akan ada isu dan perkara yang aku korek dari mana-mana sumber. Jadi jika sesebuah penulisan aku itu sensitif dan bahaya semacam namun ianya berdasarkan sumber dan pautan luar, maka sila hentam sumber dan pautan asal. Dan setiap pendapat peribadi aku, aku cuba untuk kukuhkannya dengan penerangan dan fakta yang tepat. Aku cuba berlaku adil terhadap semua pihak dalam monolog ini, walaupun dunia ini tidak adil. Allah saja yang Maha Adil.


Visual dan Audio

Pelbagai. Mungkin aku yang buat sendiri dan mungkin ianya datang dari pihak lain. Kerana hidup zaman sekarang ini tidak boleh lari dari pelbagai bahan visual dan audio. Bebas untuk kita membaca, mendengar dan melihat. Tapi tak semuanya perbuatan dan fikiran kita boleh bebas akibat bahan yang kita perolehi itu.


Terima Kasih
Terima Kasih kerana sokongan orang ramai, rakan-rakan dan keluarga. Aku harap korang semua boleh mendapat dan memberi sesuatu dalam penulisan aku ini, untuk manfaat semua. Harap tak jemu singgah kat sini. Aku nak sambung post lain. 

err..apa nak bebel untuk post lain ek? hahahhaah. Selamat membaca.

Wasalam


2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...