F

Pages

Thursday 8 November 2012

TIPS KAUM HAWA : CARA MENGELAK DAN MENANGANI SERANGAN SEKSUAL ( RINGKASAN )



        Atur setiap perjalanan anda agar anda tidak keseorangan jika berlaku sesuatu perkara. Route Planning. Sentiasa bercakap dengan keluarga dan sahabat yang anda percayai tentang ke mana dan dengan siapa anda keluar. 
.
         Jangan berpakaian atau bersolek dengan melampaui batas  (terlalu seksi dan terlalu menonjol) dan tak kena dengan lokasi situasi dan masa. Elakkan juga pakai sesuatu yang terlalu wangi, ini kerana tiap lelaki mempunyai �trigger� nafsu yang berlainan.  Senang kata, jangan cuba tarik perhatian sangat.  Anda bukan sahaja tarik perhatian mereka, tetapi nafsu mereka juga. Keep a low profile. - Dan bersedia.

         Elakkan dari berseorangan di tempat-tempat sunyi seperti  basement parking kereta dan sebagainya. - Dan bersedia.

      Jangan senang mempercayai orang yang tidak anda kenali. (walaupun anda memang tahu, tapi saya ingatkan sekali lagi) - Dan bersedia.


         Jika ada yang menelefon atau menghubungi anda melalui Chat internet dan sebagainya, ataupun seseorang mengetuk dan  bertanya dari luar pintu rumah � Jangan sesekali mengaku yang anda sedang bersendirian. Walaupun yang bercakap itu adalah Rider Delivery Fast Food. Anda juga diingatkan jangan sesekali membuat update status di mana-mana laman web sosial yang mengatakan anda sedang berseorangan di rumah. Ini adalah jemputan untuk dirogol.

         Amat berisiko untuk menerima pelawaan seseorang yang anda baru sahaja kenal lalu menghantar anda pulang ke rumah. Kalau tak sampai rumah macamana?

         Perhatikan gerak geri seseorang itu. Perubahan emosi, pergerakkan perbualan dan nada suara mereka dapat membantu anda menilai tindakan yang mungkin dia akan cuba lakukan terhadap anda selepas ini. - Dan bersedia!

         Sentiasa memrhati keadaan sekeliling untuk mencari sesuatu yang boleh dijadikan halangan dan senjata untuk menghadapi penyerang itu - Dan bersedia!

         Sentiasa mengkaji persekitaran sekeliling untuk mencari jalan keluar dari kawasan konflik itu dengan cepat mudah dan selamat.. Jika anda ada peluang awal untuk melarikan dan menyelamatkan diri, Gunakan Peluang itu! - Dan bersedia!

           JERIT! Jerit dan buat satu kekecohan yang amat melampau jika dia mula cuba untuk menyerang anda. Jerit untuk meminta bantuan. Jerit sekuat hati. Mungkin dengan itu, dia akan akan terkejut lalmembatalkan niatnya untuk menyerang dan merogol anda.

         SERANG! Serangbalas jika dia mula menerkam dan menyerang anda. Namun jika anda terpaksa menyerang balas penyerang itu, pastikan sehingga dia tidak terdaya untuk mengejar anda atau menyerang anda sekali lagi. All out & dan pastikan ianya efektif. Jangan main tampar-tampar aje. Anda sedang bertarung untuk nyawa maruah dan harta benda anda. Dan pada waktu ini, tiada seorang pun yang boleh menolong anda kecuali diri anda sendiri! Kemudian, Cepat-cepat beredar dari kawasan konflik dan pergi minta bantuan secepat mungkin.

         Jika anda telah menjadi mangsa serangan seksual, hubungi polis dengan segera. Walaupun agak memalukan, tapi Jangan mandi atau menukar pakaian anda kerana ianya boleh memusnahkan bukti seperti rambut, bulu, air liur, darah dan air mani penyerang. 


disediakan oleh AZMANNAIM44




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...