F

Pages

Monday 5 November 2012

APA NAK BUAT JIKA DISERANG ANJING?


APA NAK BUAT JIKA DISERANG ANJING?

Seekor anjing telah menyerang anda dan membuat satu gigitan yang kuat  - ianya takkan melepaskan anda begitu sahaja. Lagi kuat anda melawan dan meronta, lagi kuat cengkaman giginya tertanam menembusi daging dan tulang anda. Anda dalam keadaan terkejut takut dan sakit disamping ceder yang makin parah dan mungkin semakin banyak kehilangan darah (jika terkena pada arteri tertentu)

FOKUS.

Diam dan Berhenti meronta seketika. Jangan buat DIRECT EYE CONTACT dengan anjing itu. Kenalpasti di tempat manakah anda digigit dan apakah urat atau sendi penting di situ. Dengan perlahan, betulkan posisi anda untuk mengelakkan diri anda daripada terjatuh atau menjadi posisi yg lebih teruk dari keadaan anda pada saat ini. Bernafas, dengan tenang dan perlahan. Lawan kesakitan itu dengan memikirkan atau mengingat suatu kesakitan yang jauh lebih teruk daripada kesakitan ini.
** jika anda bernasib baik, anjing itu akan melepaskan anda kerana ia menganggap anda bukanlah satu ancaman baginya. kerana anjing secara normalnya menggigit manusia bukan sebab lapar atau nak membunuh untuk makan, tapi kerana rasa terancam dan diancam.

SERANGBALAS

Anda mempunyai 4 set senjata (2 kaki, 2 tangan). jika satu tangan telah dibaham, anda masih ada 3 set senjata, berbanding anjing yang senjata utamanya hanyalah Gigitannya. Dinasihatkan anda menggunakan tangan jika ianya tidak menyulitkan keadaan. (ingat, anda masih ada kaki). Mengapa saya tidak nasihatkan menggunakan kaki? kerana kaki adalah pendukung dan pengimbang titik graviti anda. Jika anda menyerang dengan kaki tetapi gagal kemudian terjatuh pula, anda akan lebih teruk dibaham dan diserang.
   Tumpukan serangan bertubi-tubi anda pada kawasan:-

1) Hidung (hidung adalah satu tempat yang lebut dan sensitif. Urat yang berada dihidung berkait rapat dengan mata mulut telinga dan otak. Satu hentakan yang kuat di kawasan hidung akan membuatkan anjing itu terkejut sakit dan terlepas gigitannya) UTAMAKAN KAWASAN HIDUNG UNTUK DILEPASKAN DARI GIGITAN.

2) Mata (Boleh membutakan jika dicekah atau dicucuk. Ianya dapat menyusahkan anjing untuk mencari anda selepas dia terlepas sekejap gigitannya. mata terkebil-kebil, nak kejar anda balik pun susah)

3) Telinga *lubang telinga* (Tampar, Hentak atau guna tapak tangan. Boleh menyebabkan anjing itu 'pening mabuk dan sakit' kerana dalam telinga ada sesuatu yang bertindak seperti 'stabilizer' dalam kepala. tak caya cuba tampar telinga korang sendiri.)
--Serangbalas ini lebih bagus dibuat dengan satu SERGAHAN atau PEKIKAN atau JERITAN kepada anjing itu, ini membuatkan ia terkejut akibat disergah tiba-tiba (kerana tadi kita rilek dan diam), dan sakit akibat dihentak.

           *JANGAN-
*Jangan Hentak kepala/tengkorak anjing itu sebab keras. kurang efektif. buat sakit tangan dan makin buat anjing tu marah.
*Jangan Cuba bukak mulut anjing itu dengan cara memegang & menarik gigi nya dengan tapak tangan dan jari kita. (ala macam kopek durian)  Ini hanya akan melukakan jari dan tapak tangan anda (yang asalnya mungkin tidak luka akibat diserang) akibat terkena gigi dan taring anjing itu.

SELAMATKAN DIRI

Berlari bergerak keluar meninggalkan zon bahaya tadi, dikhuatiri anjing itu akan terus menyerang balik atau anjing itu panggil member yang lain untuk 'keropok' anda beramai-ramai. Sentiasa sedar ke arah mana anda lari. Jangan main lari aje, rupanya masuk ke tempat yang lebih bahaya. Nada perlu lari, tak kiralah kaki anda teruk macamana pun digigit. LARI. Berlari sambil mata awas mencari senjata lain seperti kayu batu batang besi dll dan mencari tempat perlindungan seperti kedai, rumah orang, dan sbgnya atau terus berlari pulang menyelamatkan diri. Jika anda sesuatu yang memberatkan dan melecehkan pergerakkan dan kelajuan anda, sila tinggalkan sahaja. Keselamatan & Kesihatan anda lebih penting. Pergi ke Hospital dan Klinik secepat mungkin kerana dikhuatiri air liur anjing tadi yang menggigit anda sehingga cedera adalah air liur yang berkuman, kuman yang boleh menyebabkan penyakit serius, lebi=lebih lagi gigitan Anjing Gila. Pergi check up, kasi injek.

**kaedah ini juga boleh digunapakai pada kebanyakan binatang buas yang bersifat membaham atau menggigit taknak lepas seperti buaya, harimau, singa, beruang dan sebagainya.

ini adalah tutorial ringkas, ianya boleh diperkembangkan dan diperkemaskan lagi mengikut keadaan. Perbincangan dan cadangan adalah amat digalakkan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...